TEKA-teka berkaitan ‘baby bump’ isteri kepada pelakon dan usahawan Fizo Omar akhirnya terjawab apabila isterinnya, Fazeera Nazri berkongsi berita berkenaan di laman sosial Instagram.

Menerusi video, Fazeera menyerahkan alat ujian kehamilan kepada Fizo sebagai kejutan pada bulan pertama perkahwinan mereka.

“Video ini diambil ketika bulan pertama perkahwinan kami. Ia kejutan besar buat dia apabila saya hamil. “Alhamdulillah, ini adalah hadiah paling istimewa buat kami dan saya berdoa agar semuanya berjalan lancar,” katanya.

Menerusi paparan video, Fizo kelihatan terkejut melihat alat penguji berkenaan dan bertanya kepada Fazeera tentang hal itu.

“Maksudnya you hamil? Serius? Tak sangka betul sayang, so made in Janda Baik la ni? Yes, saya happy sangat,” tutur Fizo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fezyra Nesry (@ffezyranesry)

Baca juga: Tanah Runtuh Di Karak : “Semua Kereta Sangkut Di Sini…” – Fizo Omar

Dalam hantaran lain, bekas pramugari itu turut memuat naik foto memperlihatkan perutnya yang semakin membesar.

Fazeera bagaimanapun tidak mendedahkan usia kandungannya.


Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar menerusi laman sosial Instagram turut memuatnaik video berkenaan menyampaikan berita kehamilan Fazeera. Bekas Naib Juara Hero Remaja 2008 itu mengakui terkejut dan teruja.

“Alhamdulillah Syukur, Cik Yam nak dapat adik dah!

“Muka Abe Joe terkejut, terkedu dan super excited. Ya la baru sebulan kahwin tiba-tiba isteri tunjuk alat ujian kehamilan dan beritahu ‘sayang I positive!’” titip Fizo.

Dalam pada itu, Fizo bersyukur atas kurniaan rezeki yang tidak putus-putus.

“Syukur Ya ALLAH rezeki 2022 ini datang bertali arus atas izin-MU .

“Semoga ALLAH memelihara kandungan ini dan dilahirkan menjadi anak yang soleh/solehah dan akan membawa daddy dan ummie ke syurga. Amiin,” titipnya.

 

Baca juga: Fizo Omar tamatkan zaman duda, selamat berkahwin bekas pramugari

Fizo dan Fazeera bernikah dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang pada 21 Oktober 2021.

Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 dan berpisah pada Julai 2019. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam, 5.

Tahniah diucapkan buat Fizo dan Fazeera. Moga kandungan dilahirkan sihat dan selamat.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Instagram @ffezyranesry, @fizoomar