Sweet! Abang Viva tunjuk cincin lamar wanita di live TikTok curi perhatian

Iklan
Sweet! Abang Viva tunjuk cincin lamar wanita di live TikTok curi perhatian

SWEET! Itu perkataan yang sesuai dikatakan dengan situasi lamaran live oleh seorang jejaka terhadap wanita pilihan hati.

Melamar merupakan satu proses yang menjadi kebiasaan bagi seseorang yang mahu berkahwin.

Iklan
Iklan

Ia adalah pertanyaan seseorang berkenaan kesediaan untuk berumah tangga dan memikul tanggung jawab sebagai suami atau isteri. Proses melamar ibarat pintu gerbang sebelum sesuatu pernikahan dijalankan.

Melamar boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Mengikut adat dan kesopanan masyarakat Melayu, biasanya proses melamar melibatkan campur tangan pihak keluarga.

Iklan

Namun sedikit berbeza dengan seorang jejaka dikenali ramai iaitu unsung hero kelahiran Melaka yang pantas hulurkan bantuan semasa banjir, Abang Viva.

Baru-baru ini nama Abang Viva atau Azwan Omar kembali mencuri perhatian ramai apabila bertindak membuat kejutan untuk kekasihnya secara ‘live’ di TikTok.

Iklan

Bukan sahaja baik hati membantu orang ramai ketika banjir, malah boleh tahan 'sweet' juga Abang Viva ya.

Menerusi video yang dikongsi pengguna @Ariana, dapat dilihat Abang Viva dengan selamba mengeluarkan cincin dan melamar kekasih hati sehingga membuatkan wanita itu terkejut.

Baca juga [VIDEO] Wanita ini sanggup ‘terbang’ ke Mesir semata-mata pembedahan lasik yang berharga RM700

"Lamar ikut SOP ke ni Bang Viva."

"Ajal dan jodoh ALLAH yang tentukan, kita hanya mmpu berusaha, berdoa padaNYA, semoga mereka dipertemukan jodoh."

"Alaa sweet sangat.. sekarang tukar Abang Viva pada Abang Eva."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.