CINTA bertepuk sebelah tangan gara-gara lamaran ditolak membuatkan seorang lelaki hilang pertimbangan hingga sanggup menamatkan riwayat pelajar perempuan yang pernah disayangi.

Perihal hati dan perasaan jangan dibuat main. Menurut pensyarah psikologi Universiti Columbia, Geraldine Downey, hampir semua orang berasa sensitif apabila ditolak sama ada dalam persahabatan, percintaan dan sebagainya.

Malah ada yang merasakan sesuatu tidak kena apabila ‘bertepuk sebelah tangan’. Penolakan menyebabkan mereka lebih cenderung untukmelakukan perbuatan yang boleh memburukkan keadaan seperti seorang lelaki di Mesir ini.

Baca juga Diseksa dan dirogol sebelum dikurung ruang bawah tanah, misteri kehilangan gadis 19 tahun terjawab

Menerusi Egypt Independent, seorang lelaki yang juga seorang pelajar bertindak menyembelih rakan perempuannya di hadapan pintu pagar Universiti Mansoura.

Saksi melaporkan bahawa pemuda itu, seorang pelajar jurusan seni tahun tiga melakukan perbuatan berkenaan ke atas gadis itu yang dikenali sebagai Naira Ashraf di hadapan pintu pagar, ketika dia dalam perjalanan ke perhentian bas untuk pulang.

Menerusi rakaman kejadian ketika orang ramai cuba menangkapnya, dia pantas menusukkan pisau ke leher Naira. Tidak sempat melarikan diri, suspek ditangkap orang ramai di tempat kejadian.

Saksi berkata, lelaki muda telah beberapa kali dengan mengugut untuk membunuhnya Naira sebelum ini.

Lokasi kejadian

Baca juga: Hanya kerana menolak lamaran, wanita ini dirogol dan dipenggal penuh kejam! Sadis sungguh

Mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal disahkan meninggal dunia sebelum tiba di hospital.

Orang ramai menyerahkan suspek kepada polis selepas membelasahnya bertubi-tubi.

Menurut keluarga Naira, lelaki berkenaan, Mohamed Adel telah beberapa kali melamar anak gadis mereka.

Namun mereka tidak menyangka tindakan Naira menolak lamaran menyebabkan lelaki berkenaan nekad untuk membalas dendam sedemikian rupa.

Orang ramai di jalanan menyaksikan pembunuhan sempat merakam kejadian sehingga pelakunya ditangkap dan diserahkan kepada polis.

Iklan

Sementara itu, ketua pendakwa raya meminta pengguna media sosial agar tidak menyebarkan maklumat atau sebarang rakaman video berhubung pembunuhan itu secara dalam talian dan sebaliknya menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

Menurut Albawaba, insiden ngeri itu mencetuskan kekecohan di pelbagai platform media sosial manakala video ngeri mengenai insiden itu tersebar secara meluas bersama hashtag ‘Justice for Naira.’

Iklan

Dalam perihal hati dan perasaan, lebih baik mengambil pendekatan ‘menarik rambut dalam tepung’.

Pada saat cinta ditolak, mungkin akan ada  emosi yang muncul seperti amarah, cemburu, perasaan bersalah dan malu. Justeru, penolakan haruslah dilakukan dengan dengan baik agar kedua-dua belah pihak tidak ‘terjejas’ atau berasa canggung di kemudian hari.

Baca juga: Kronologi pelajar dinoda, badan dikerat, kepala direbus. Ahli farmasi dipenjara, diarah bayar pampasan RM192 ribu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.