SEMALAM tular rakaman seorang doktor yang menceritakan kisah seorang pesakit yang menghidapi sindrom viginismus atau ‘faraj terkunci’.
Kisah itu telah dimuat naik oleh Dr Kash Mustafa menerusi laman sosial TikTok miliknya dan mendapat 2 juta tontonan dengan 152.1 ribu tanda suka.
Difahamkan, pesakit sanggup memandu sendirian dari Melaka ke Kelantan semata-mata untuk menerima rawatan itu.
Lebih menyayat hati apabila, wanita berkenaan datang ke berjumpa Dr Kash tanpa ditemani suami.
Cerita Dr Kash, pesakit terpaksa beranikan diri untuk datang kerana suaminya tidak ingin tahu keadaan yang berlaku terhadap dirinya.
Bahkah, suami wanita itu memberi tempoh dua bulan kepadanya untuk sembuh dan sekiranya dia tidak berjaya dirawat, maka perceraian adalah jalan terakhir.
Di akhir video berkenaan, Dr Kash menasihati para suami yang diuji memiliki isteri dengan sindrom vaginismus bahawa ia bukanlah titik noktah sebuah perkahwinan tetapi ia merupakan perjuangan bersama yang perlu dihadapi.
Tambah Dr itu lagi, ini merupakan bentuk ujian daripada ALLAH untuk menguji kesetian seorang suami.
Dr Kash memperjelaskan lagi menerusi sambungan di dalam video berikutnya bahawa vaginismus bukanlah suatu kecacatan.
Ia merupakan keadaan yang dapat disembuhkan dengan memilih rawatan yang tepat dan sokongan daripada insan yang tersayang untuk membantu proses penyembuhan lebih cepat.
SinarPlus kemudiannya menjengah ke ruangan komen video berkenaan, rata-rata warga maya meluahkan rasa sebak dengan situasi yang dialami wanita itu.
"Serious la ada lagi lelaki perangai macam tu. Kesian la kat isteri. Bila dah kahwin kan, maksudnya kita help each other. Sampai hati suami dia macam tu.”
"Alahai suami pun. Semoga sis kuat dan diberi kesembuhan.”
"Jangan kahwin sebab utama hanya nak lepaskan nafsu. Saya sentiasa berpesan pada diri saya dan isteri. Semoga puan tabah ye.”
"Kesiannya, kenapa tak nak susah senang sama-sama. Esok ada anak macam mana pula ye. Rasa takut nak kahwin.”
"Saya sebagai suami pun sedih, teringat dekat kata-kata isteri dulu."Kalau saya tak boleh mengandung macam mana?” Saya cakap takpe anggap je anak buah macam anak kita.”
Sindrom ini mungkin banyak berlaku kepada para wanita, namun mereka mungkin takut untuk meluahkan dan menceritakan perkara sebenar kerana risau ditinggalkan dan diperlekehkan.
Baca juga: Arwah Adibah Noor meninggal dunia akibat kanser ovari. Kenali lebih lanjut simptom dan rawatannya
Justeru, lebih baik untuk pelajari fakta berkaitan faraj terkunci ini, ini yang perlu diketahui:
1. Vaginismus merupakan keadaan otot-otot faraj wanita terhimpit atau kekejangan apabila sesuatu memasukinya, seperti tampon atau zakar.
2. Terdapat dua jenis faraj terkunci iaitu vaginismus sepanjang hayat merupakan keadaan apabila wanita mengalami kesakitan setiap kali sesuatu memasuki faraj atau mereka tidak pernah dapat memasukkan apa-apa ke dalam faraj.
3. Vaginismus yang diperolehi pula apabila seorang wanita telah melakukan hubungan seks tanpa rasa sakit sebelum ini, tetapi kemudian ia menjadi sukar.
4. Tandanya adalah seks yang menyakitkan (dyspareunia), namun kesakitan berlaku sewaktu permulaan dan biasanya hilang selepas bersama.
5. Seterusnya, sesetengah wanita menggambarkannya keadaan itu seperti rasa terbakar atau perasaan seperti alat sulit lelaki"melanggar dinding” faraj.
6. Kebanyakan wanita yang mengalami sindrom ini berasa tidak selesa apabila memasukkan tampon ke dalam alat sulit.
7. Takut untuk melakukan hubungan intim atau takut sakit merupakan salah satu tanda.
8. Lakukan senaman dan pelajari bagaimana untuk kawal otot di bahagian vagina.
Sumber: webmd
Baca juga: Kanser organ faraj: Rawatan pembedahan ragut peluang untuk dapat zuriat?
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan