Hormati jadual ‘shooting’ Mat Kilau, Yayan Ruhian hampir tidak muncul dalam John Wick 3

Iklan
yayan

MENGHORMATI jadual penggambaran filem biografi epik sejarah, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, pelakon aksi Indonesia, Yayan Ruhian hampir tidak berpeluang muncul di Hollywood menerusi John Wick 3.

Iklan
Iklan

Yayan Ruhian, aktor terkenal dengan seni bela diri yang tidak perlu diperkenalkan lagi bagi peminat filem aksi.

Iklan

Baca juga: Penerbit Mat Kilau rupanya jutawan, pemilik Hospital Az-Zahrah, PU Amin dedah kisahnya

Iklan

Baca juga: Fazura puji Fattah Amin sebagai Awang dalam Mat Kilau, 3-4 pagi masih dalam sungai

Di sebalik watak antagonis sebagai Toga yang digalasnya, Yayan mendedahkan kepada Tempo bahawa dia pernah hampir tidak berpeluang muncul di dalam John Wick 3 kerana menghormati jadual penggambaran Mat Kilau.

"Mereka hubungi saya pada April 2018 dan mahu saya mula shooting pada bulan Mei. Kebetulan saya sedang shooting Mat Kilau di Malaysia. Kerana profesional dengan kontrak, saya tolak.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Yayan meluangkan masa menziarahi pusara pahlawan Mat Kilau di Kampung Kedondong, Jerantut, Pahang.

"Sebelum kembali ke Indonesia, berziarah ke Makam Pahlawan Mat Kilau. Terima kasih kepada seluruh saudara-saudara di Malaysia, kami sudah diterima dengan baik di sini. Harap-harap boleh silaturahim dan berjumpa lagi. Mohon maaf zahir batin jika ada silap dan khilaf,” titipnya.

Filem Mat Kilau menempa sejarah perfileman Malaysia dengan kutipan sebanyak RM12 juta dalam masa empat hari tayangan. Filem arahan Shamsul Yusof itu rata menerima ulasan yang rata-ratanya positif daripada pengkritik dan berjaya membangkitkan semangat patriotik.

Baca juga: '1 hari 1 juta, 2 hari 2 juta' - Filem Mat Kilau terima sambutan luar biasa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.