'1 hari 1 juta, 2 hari 2 juta' - Filem Mat Kilau terima sambutan luar biasa

A
A
A

FILEM arahan Syamsul Yusof, Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan menerima sambutan memberangsangkan daripada penonton.

Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan mencatat sejarah sebagai filem epik pertama Malaysia yang berjaya memperoleh kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tempatan.

SYAMSUL YUSOFSyamsul bersama bintang utama Mat Kilau, Fattah Amin dan Datuk Adi Putra.

Filem tersebut berjaya mengutip RM1 juta dalam tempoh satu hari tayangan dan terbaharu, Syamsul memaklumkan filem berkenaan sudah mengutip RM2.8 juta dalam pada hari kedua.

“Izin ALLAH. Maka dengan ini Mat Kilau menjadi filem epik pertama Malaysia memecahkan rekod pembukaan sebagai filem epik Melayu dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah.

“Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan 1 million in just one day (satu juta kutipan panggung dalam hanya sehari).

"Alhamdulillah untuk semuanya,” kongsi Syamsul menerusi beberapa hantaran di akaun Instagramnya.

Berdepan saman!

Dalam pada itu, Syamsul turut berkongsi rasa kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir individu yang membocorkan filem arahannya itu di media sosial.

[caption id="attachment_85614" align="aligncenter" width="640"]SYAMSUL YUSOFSyamsul meminta individu yang membocorkan filem Mat Kilau di sosial media supaya menurunkan sedutan filem agar tidak berdepan tindakan saman.[/caption]

Tegas Syamsul, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya membocorkan filem kepada umum.

“Para pengguna TikTok dan mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang. Alamat akaun media sosial kalian telah dikenal pasti.

“Padam sekarang sebelum terlambat. Kepada yang lain, sila hati-hati. Tidak dibenarkan memuat naik visual atau klip dari filem melebihi lima saat. Pihak penerbit berhak saman anda dan tindakan undang-undang boleh dikenakan.

“Saya tak mahu kes saman filem Munafik 2 dulu berulang sekali lagi sampai orang tua menangis mohon maaf atas perbuatan tidak bertanggungjawap anak mereka.

"Maaf saya terpaksa ambil juga tindakan mahkamah dulu. Akhirnya mereka diisyitihar muflis dan nama disenarai hitam kerana saman gagal dibayar,” katanya.

Terdahulu, filem Mat Kilau telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula semalam, 23 Jun 2022.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta itu membariskan pelakon hebat tanah air seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Asa’ri, Datuk Adi Putra, dan Wan Hanafi Su.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca