[VIDEO] Tampil cantik tanpa solekan, ramai peminat puji Lisa Surihani

Iklan
LISA SURIHANI

BENARLAH hidayah itu milik ALLAH dan tiada siapa yang boleh jangka akan perjalanan hidup seseorang begitu juga dengan penghijrahan pelakon Lisa Surihani.

Iklan
Iklan

Difahamkan, ibu kepada tiga orang anak itu mulai berhijab sepenuhnya pada tahun 2019 dan untuk kekal istiqamah itu bukanlah perkara yang mudah.

"Ada macam-macam yang boleh membolak-balikkan hati individu yang nak istiqamah, namun saya berpegang kepada nasihat yang diberikan oleh orang ilmuan.

Iklan

"Untuk kita cuba sebaiknya adalah dengan sentiasa mencari ilmu dan tambah pengetahuan itu penting,” katanya.

Baca juga: Lisa Surihani temui 'cinta' baharu

Iklan

Oleh sebab itu, Lisa sering dilihat menghadiri majlis ilmuan dan terbaru, beliau memenuhi undangan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Cuplikan segmen yang menampilkan Lisa itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial, TikTok @ImranImlap, telah membuatkan warganet berkata-kata mengenai raut wajah yang dimiliki oleh pelakon itu.

Sememangnya penampilan Lisa mengenakan baju jubah berona terang dengan tudung labuh dan tatarias wajah yang ringan telah membuatkan ramai orang terpegun dengan kecantikan semula jadi yang dimilikinya.

SinarPlus kemudiannya singgah ke ruangan komen, rata-rata mereka suka melihat pelakon berkenaan kerana gayanya yang sopan dan cantik.

Baca juga: Warganet puji majlis aqiqah anak Lisa, Yusry ikut SOP, agih makanan kepada golongan asnaf

"Dalam ramai-ramai, Lisa ni memang nampak sangat keikhlasan dia. Masya-ALLAH semoga terus istiqamah.”

"Suka tengok Nabil dan Lisa bila bincang perihal keagamaan, memang terasa sampai ke hati.”

"Beauty with a brain dan beriman. Insya-ALLAH hingga akhirnya.”

"Dah la cantik, sopan santun, lembut dan bijak pulak tu Lisa ni. Untung Yusry dapat isteri macam ni.”

"Suka tengok Lisa, kecantikan dia asli.”

Menerusi program itu juga, Lisa menjelaskan segala pujian yang diterima itu merupakan satu ujian buat dirinya.

Sekadar info, Lisa Surihani mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah filem, Yusry Abdul Halim pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

Baca juga: Hijrah Lisa Surihani begitu menawan dengan jubah rona merah manggis menutup aurat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan