JENAMA busana terkemuka negara, Naelofar merasmikan kedai ke-6 mereka di KL East Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dengan ruang seluas 2,400 kaki persegi, butik serba elegan tersebut dipenuhi dengan produk terlaris Naelofar, koleksi terbaharu, bilik persalinan yang lebih luas, tempat duduk yang selesa dan reruai foto menarik untuk dimuat naik ke laman Instagram.
Paling penting, ia menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik untuk #NaelofarBabes.
Pengasas Naelofar, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa berkata, sejak awal penubuhan Naelofar, pihak telah mengimpikan untuk mengembangkan butik mereka di seluruh Malaysia.
Pun demikian, hasrat itu terpaksa ditangguhkan selepas virus Covid-19 menyerang seluruh dunia.
"Namun, hari ini, saya sangat teruja untuk melihat impian yang dipasak menjadi kenyataan, bermula dengan kedai ini dan banyak lagi pada masa akan datang. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada #NaelofarBabes di atas sokongan yang diberikan sejak dari awal penubuhan kami Naelofar," kata Neelofa ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Butik ke-6 Naelofar di KL East Mall, Khamis lalu.
Hadir sama Pengarah Urusan, Mohamed Aqief Mohd Noor dan Ketua Pengarah Eksekutif, Kho Min Jee.
Baca lagi Neelofa siap ambil kelas untuk Bilal, rupanya ‘sleep train’ banyak kelebihan
Baca lagi Naelofar, Bokitta antara jenama fesyen modest popular
ISTIMEWA HIMPUNAN AIDILADHA
Serentak dengan itu, Naelofar turut melancarkan koleksi Aidiladha.
Antaranya seperti Set Hadiah Najma Mini Sejadah (RM169), Najma Sejadah (RM95), Set Telekung Amal (RM249) dan Abaya Renda Lara Crepe (RM329).
Dalam pada itu, berita baik kepada semua peminat jenama ini, Neelofa mengumumkan, satu lagu butik Naelofar akan dibuka di IOI City Mall, Putrajaya pada September depan.
"Kami juga ada perancangan untuk ke negeri-negeri lain, antara di Johor," ujarnya.
Buat masa ini kata selebriti jelita itu, fokus dan hala tuju Naelofar bertumpu di peringkat tempata dahulu, sebelum meluaskan sayap ke luar negara. Pastinya antara negara yang menjadi tumpuan adalah majoriti penduduk beragama Islam seperti di Dubai.
BACA LAGI Naelofar hijabi moden
BACA LAGI Neelofa impi ikut PU Riz sambung belajar, dalami Bahasa Arab
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.