Neelofa impi ikut PU Riz sambung belajar, dalami Bahasa Arab

A
A
A

NEELOFAimpikan untuk mengikuti suaminya, PU Riz atau Haris Ismail menyambung pelajaran di universiti di tanah Arab.

Selebriti yang bergelar ibu kepada Muhammad Bilal itu ingin mendalami Bahasa Arab.

Baca juga: "Lebih kurang period pain je"- 14 jam kontraksi, Neelofa kongsi detik lahirkan Bilal

Keluarga kecil Neelofa dan PU Riz

“Lofa ingin menguasai Bahasa Arab sepenuhnya, fahami al-Quran dan berinteraksi dalam bahasa itu.

“Satu lagi impian Lofa adalah untuk mengajar orang al-Quran,” katanya yang sedang mendalami isi kandungan kitab suci itu.

Dalam pada itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor turut mendedahkan lokasi suaminya berhijrah selama beberapa tahun untuk menyambung pelajaran.

Baca juga: Kali pertama sambut Aidilfitri, anak Neelofa dapat duit raya RM14,000! Terselit 1,000 dirham

“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke tanah Arab sama ada Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar.

“Dalam masa yang sama nak sesuaikan anak (Muhammad Bilal) kepada persekitaran di sana. Dan saya sendiri boleh ambil peluang itu untuk belajar Bahasa Arab. Sekejap sahajalah, setahun dua,” katanya.

Neelofa yang merupakan bekas hos rancangan televisyen bual, Nona memberitahu perkara itu ketika menjadi tetamu jemputan sempena ulang tahun stesen televisyen itu.

Baca juga: 'Patut lahir hari ini sama Ummi', Muhammad Bilal hadiah istimewa Neelofa

Baca juga: Neelofa kongsi foto kamar anak, peminat teruja untuk lihat wajah Bilal

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Sumber: Youtube TV3MALAYSIA Official

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca