Ibu selamat jalani pembedahan, perkongsian Chef Wan di hospital buat ramai terharu, titip doa

Iklan
Ibu selamat jalani pembedahan, perkongsian Chef Wan di hospital buat ramai terharu, titip doa

IBU kepada Chef selebriti terkenal tanah air, Datuk Redzuawan Ismail atau mesra dikenali Chef Wan selamat menjalani pembedahan semalam.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Chef Wan berkongsi rasa syukur keadaan terkini ibunya, Noraini Abdullah yang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada payudara.

Iklan
Iklan

"Maaf kerana membuat semua orang dalam kerisauan. Menjelang jam 1 tengah hari, dia kembali ke biliknya. Dia seorang wanita yang tegar dan hanya berada di bilik pemerhatian setengah jam sebelum dia terjaga semula, saya diberitahu.

"Seperti yang anda boleh lihat dia masih terpinga-pinga daripada ubat bius dan ubat penahan sakit yang saya rasa.

Iklan

Baca juga Sayang ibu... Chef Wan tetap pakaikan ibunya baju harian rekaan designer

Iklan

"Alhamdulilah terima kasih kepada ALLAH dan segala doa daripada anda semua dan beliau berjaya keluar dari pembedahan dengan jayanya tanpa sebarang masalah,"coretnya.

Ujarnya lagi, seakan melapah daging limpa, doktor berkongsi kepadanya beberapa gambar tumor berkenaan.

"Doktor menghantar kepada saya semua gambar tumor yang menakutkan untuk melihat ketulan yang begitu besar serta bagaimana dia telah memotong payudara ibu dibuka dan membentuknya semula.

"Macam melapah daging limpa sekeping-sekeping. Kalaulah saya boleh berkongsi dengan anda semua tetapi saya nasihatkan untuk tidak menakutkan anda semua.

"Sekarang saya telah memberinya sedikit air dalam dua jam terakhir dia masuk ke dalam bilik, memberinya makan bubur ikan.

"Selepas makan dia terus meronta mahu menarik tiubnya dan terus meminta saya membawanya pulang. Saya berasa sangat tertekan cuba menenangkannya dan akhirnya doktor memberikan ubat tahan sakit dan beberapa lagi untuk menenangkannya dan menidurkannya.

"Memandangkan dia tidak tidur sepanjang malam seperti saya, inilah masa yang sesuai untuk dia tidur. Dia tidak membenarkan mana-mana pelawat buat masa ini.

"Kami hanya perlu memberinya masa ditambah semua kekeliruan ini sebagai pesakit dimensia. Alhamdulilah, ketumbuhan yang mengerikan tu sudah dikeluarkan," ujarnya.

Baca juga Awie pilih Erra, kembali bergandingan dalam Showcase Awie Romantika

Posting yang dimuat naik Chef Wan mendapat banyak komen dari rakan artis dan pengikutnya, rata-ratanya terharu melihat pengorbanannya menjaga ibu dan mereka membanjiri ruangan komen dengan titipan doa.

Ujar mereka;

"She is lucky to have a son like you. We can only hope that during our last days we too can be so lucky to be so well loved and taken care of by our children."

"Alhamdulillah. Syafakillah for your beloved mom. Brought tears to all your followers eyes to witness your most loving care for being there at her most critical moment."

" Speedy recovery.. And @_chefwan58 you also need a rest for a while.. Kita nak jaga orang sakit, kita pun mesti sihat dan kuat dulu. Moga Allah permudahkan urusan Chef Wan menyantuni bonda tersayang."

"Syurga yang tertinggi untuk anak yang mengkhidmati ibunya Aamin."

"Admire sangat Datuk menjaga bondanya... Semoga Cik Ani diberikan kesembuhan.. Insya-Allah, didoakan moga Datuk diberi kebahagiaan dunia akhirat."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.