Jangan panik, kalut, 10 perkara perlu buat apabila ahli keluarga meninggal dunia

Iklan
urus jenazah
PANIK dan sedih bercampur baur. Tidak dinafikan kekalutan  terjadi saat ahli keluarga meninggal dunia.Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Matinya manusia maka terputuslah hubungan antara jasad dan roh dan merupakan detik permulaan manusia menuju ke negeri akhirat yang merupakan garis permulaan bagi satu perjalanan yang sangat panjang.Baca juga: Mengingati mati mengurangkan hasrat duniawi kita. Ketahuilah, sakit bukanlah syarat kepada kematianKematian datang tanpa diduga, manusia tidak boleh lari daripada kematian. Masa, tempat, keadaan kematian telah ditentukan dan hanya menunggu sahaja tanpa diketahui. Ia boleh terjadi pada hari ini, esok atau bila-bila sahaja.Baca juga:[VIDEO] Wanita Tionghua van jenazah buat ramai kagum. Perincian yang dibuatnya sangat ringkas, tapi jelasJusteru, sekiranya kematian terjadi kepada orang terdekat, jangan panik sebaliknya lakukan lima langkah ini.Terdapat adab-adab atau perkara yang perlu dipraktikkan dalam urusan jenazah seperti berikut;1-Memejamkan kedua-dua belah mata.[caption id="attachment_86613" width="1024"] Kredit foto: TikTok kamiada_[/caption]2-Mengikat dagu ke kepala dengan perca kain yang agak lebar supaya mulutnya tidak ternganga atau dimasuki serangga kecil dan lain-lain.[caption id="attachment_86610" width="1024"] Kredit foto: TikTok kamiada_[/caption]3-Meletakkan jenazah pada tempat yang tinggi sedikit seperti katil.4-Pastikan kaki jenazah dilunjurkan kaki ke arah kiblat.5-Ikatkan kedua-dua belah ibu jari kaki dengan perca kain.6-Tanggalkan pakaian dan tutup seluruh badannya dari kaki ke kepalanya dengan kain yang tidak begitu tebal.7-Kedua-dua belah tangan jenazah hendaklah berada pada kedudukan seperti semasa solat.8-Tangan kanannya diletakkan di atas tangan kiri dan sebaik-baiknya ia diikat dengan perca kain supaya tidak terbuka dan terkulai ke bawah.[caption id="attachment_86616" width="1024"] Kredit foto: TikTok kamiada_[/caption]9-Rapatkan kedua-dua belah lengannya ke badan dan kedua belah kakinya dengan perlahan-lahan supaya lembut sendi-sendinya dan mudah dimandikan.10-Hendaklah diletakkan sesuatu objek yang agak berat sedikit di atas perut jenazah untuk mengelakkan perut si mati supaya tidak membesar dan buncit. Pun geitu, elakkan mengguna al- Quran atau kitab agama.[caption id="attachment_86614" width="1024"] Kredit foto: TikTok kamiada_[/caption]Bertenang dan jangan panik. Maklumkan kematian kepada ahli jawatankuasa masjid terdekat bagi membantu pengurusan jenazah. Kemudian hubungi ahli keluarga bagi memaklumkan berita pemergian si mati.Perkara seterusnya yang perlu dilakukan ialah mendapatkan pengesahan meninggal dunia daripada doktor dan buat laporan polis. Permit pengebumian akan diperolehi sebagai kebenaran urusan pengebumian jenazah.Menurut Jabatan Mufti Pulau Pinang, terdapat empat perkara yang perlu dilaksanakan oleh orang yang masih hidup apabila saudara Islam meninggal dunia iaitu;