SEJAK kebelakangan ini kita sering mendengar sesetengah pihak dikatakan cuba mengambil kesempatan mengenakan bayaran mahal dalam pengurusan jenazah.

Dalam Islam, pengebumian perlu disegerakan, namun tidak bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Golongan tersebut terpaksa mencari wang dan ada juga terpaksa berhutang sana dan sini untuk menguruskan jenazah dek bayaran dikenakan terlampau tinggi.

Menyedari situasi itu, pelakon, Khiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie mengambil inisiatif menjadikan kenderaan kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya sebagai van jenazah.

Lebih menyentuh hati perkhidmatan van jenazah itu ditawarkan secara percuma untuk mereka yang memerlukan.

Bukan itu sahaja, Khiriah bersama suami turut menubuhkan Pertubuhan Amal Nur By Khiriah yang menguruskan proses memandikan, kafan, solat jenazah sehinggalah ke tanah perkuburan tanpa sebarang caj. Ya, percuma!

Khiriah tawar khidmat van jenazah secara percuma

Menerusi perkongsian di Instagram, Khiriah sentiasa berdoa agar usahanya itu dipermudahkan ALLAH.

Iklan

“Lama akak tak UP pasai van jenazah akak…Takut ada yang terlupa. PERCUMA untuk semua dari mandi, kafan, solat sehinggalah ke tanah perkuburan.

“Tak perlu bayar apa-apa tapi doakan @pertubuhanamalnurbykhiriah dipermudahkan ALLAH, Aamiin,” mohon beliau.

Justeru, pelakon utama drama bersiri Nur itu turut menitipkan pesanan buat orang ramai supaya mencari teamnya jika ada kematian.

Iklan

“Andai terjadi kematian, carilah @pertubuhanamalnurbykhiriah. Team kami akan uruskan semua proses. Hubungi Faizul di talian 012-2058005.

“Untuk sebarang sumbangan boleh salurkan ke Bank Islam atas nama @pertubuhanamalnurbykhiriah bernombor akaun 12140010018156. Terima kasih semua, semoga ALLAH membalas kebaikan kalian,” tulisnya lanjut.

Semoga ALLAH merahmati dan membalas kebaikan yang dilakukan Khiriah dan pasukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)