Sakit mengalahkan Covid-19, pemuda kongsi sekeluarga positif Influenza A

Iklan
Sakit mengalahkan Covid-19, pemuda kongsi sekeluarga positif Influenza A

SAKIT yang ditanggung terkena influenza lagi teruk berbanding dijangkiti Covid-19.

Ya, itu pengakuan seorang pemuda yang tampil berkongsi pengalaman satu keluarga terkena Influenza A.

Iklan
Iklan

Luah Mohd Fadli Salleh yang juga seorang guru Matematik di sebuah sekolah di Gombak, Selangor, dia dan isteri bersama lima anak diserang virus berkenaan awal Julai lalu.

"Jangan main-main dengan influenza. Terutamanya Influenza A. Sakit dia mengalahkan Covid-19. Dan ia berpanjangan!

Iklan

"Sebelum Subuh badan akan gigil kesejukan. Sejuk sampai ke tulang, sampai kecut jari tangan. Sampai berlaga gigi sejuknya. Tapi suhu badan, ya ampun panas lebih 40°.

"Demam dia on-off. Ni paling seram. Kita ingat dah sihat, langsung tak dak demam tak dak panas dah. Rasa cergas. Terus buat kerja, tahu-tahu esok sambung demam gigil lagi.

Iklan

"Sendi dan pinggang sakit ya ampun. Member aku komando dah, badan keras dan kental semangat. Sebelum ni tidur atas jalan tar, tidur dalam hutan tak dak selimut no hal. Panjat gunung tu mainan dia. Memang semangat pahlawan la dia ni. Kena Influenza A, tumbang tak bangun seminggu. Masa tu dia ingat demam biasa. Bertahan dengan panadol dan antibiotik je, rasa segar terus buat kerja. Esoknya tumbang lagi dan lagi," coretnya di Facebook.

Baca juga