Selain Covid-19, kini penyakit influenza boleh ancam nyawa

A
A
A

INFLUENZA merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan.

Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Kebanyakan kes adalah ringan namun untuk sesetengahnya, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Jika dilihat di media sosial akhir-akhir ini, ramai yang berkongsi mengalami jangkitan influenza.

Malah, menurut Doktor Kesihatan Awam, Dr Khairul Hafidz, pihaknya telah mula mendapat laporan daripada Pejabat Kesihatan Daerah dan rakan-rakan di hospital yang kes-kes kluster ILI (influenza-like illness) serta kes-kes jangkitan paru-paru seperti pneumonia, bronchopneumonia, bronchiolitis sudah semakin meningkat.

"Mohon semua berjaga-jaga. Oleh kerana terdapat peningkatan kes ILI buat masa sekarang, jika bergejala, adalah digalakkan membuat saringan Covid-19 secara kendiri.

"Jika negatif, dan keadaan memburuk, boleh ke klinik atau hospital untuk doktor membuat pemeriksaan lanjutan.

"Jika anda demam tinggi, sakit kepala, sakit sendi dan otot, mual muntah dan sakit perut, tak ada gejala seperti batuk, selsema dan sakit tekak, kami akan curiga ke arah demam denggi. Di samping ILI dan Covid-19, demam denggi juga perlu diambil perhatian," kongsinya di laman Tweeter baru-baru ini.

Menurut Dr Khairul, cara penularan influenza adalah melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila seseorang bercakap, batuk atau bersin dan kena pada individu lain.

Jangkitan boleh terjadi apabila titisan jatuh di permukaan dan individu menyentuh permukaan tersebut.

Baca juga 2 kali ganda risiko diserang strok, wanita usia 35 tahun perlu tahu ini

influenza

Golongan berisiko;

  • Kanak-kanak berumur kurang dari lima tahun
  • Wanita hamil
  • Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
  • Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma, dan lain-lain)
  • Individu obesiti
  • Individu yang mempunyai sistem imuniti yang rendah

Cara rawatan;

1. Untuk rawatan, virus adalah self-limiting, virus akan mati sendiri. Jadi, untuk jangkitan ringan, doktor akan memberikan ubat simptomatik yang akan membantu mengurangkan gejala.

2. Jika sudah mula menyerang paru-paru, doktor akan memberi rawatan yang tertentu untuk merawat seperti ubat anti-viral. Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor segera jika keadaan memburuk.

Bagaimana untuk mencegah?

1. Amalkan tahap kebersihan diri; kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer.

2. Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau pelitup muka.

3. Buang tisu atau pelitup muka ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ianya digunakan.

Baca juga Petua minum air pangsa lepas makan durian sangat berguna, saintis jelaskan

4. Jarakkan diri dari individu yang bergejala, sekurang-kurangnya dalam jarak 1 meter.

5. Rehat di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala. Sekiranya perlu ke tempat awam, gunakan penutup mulut dan hidung (face mask).

6. Salah satu pencegahan yang baik adalah mengambil suntikan influenza yang akan membantu memberikan perlindungan tambahan kepada individu. Suntikan vaksin boleh diberikan seawal umur enam bulan. Suntikan ini direkomendasi diambil secara tahunan. Vaksin influenza perlu diambil secara tahunan kerana formulasi vaksin influenza perlu dikemaskini berdasarkan saranan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan kandungannya sepadan dengan virus influenza yang diunjurkan menular pada setiap musim. Ini disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada struktur virus influenza secara berterusan dan proses ini dikenali sebagai antigenic drift.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca