KES influenza yang semakin menunjukkan peningkatan kini memerlukan kita perlu mendapatkan suntikan.

Ya, bercerita tentang krisis kesihatan masa kini, sebaik pandemik Covid-19 dan sekatan sosial semakin berkurangan secara global, kita dapat melihat peningkatan dalam banyak penyakit berjangkit biasa seperti influenza yang juga dikenali sebagai flu.

Peningkatan kes berkenaan dalam komuniti menunjukkan bahawa virus itu telah kembali dan berpotensi untuk merebak, kata Malaysian Influenza Working Group (MIWG).

Faktor lain yang menyebabkan penyebaran jangkitan adalah pengimportan kes flu melalui perjalanan antarabangsa, kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan kelekaan terhadap sekatan sosial.

Menurut MIWG, pandemik telah mengajar kita bahawa vaksinasi boleh memberi banyak faedah kepada semua. Walaupun SOP Covid-19 perlu dikekalkan untuk mencegah flu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menggalakkan vaksinasi flu tahunan.

Berikut 7 sebab mengapa kita termasuk keluarga, rakan taulan mahupun orang sekeliling perlu mendapatkan suntikan flu. Antaranya seperti:

FLU MUDAH BERJANGKIT

-Tidak seperti negara bermusim sederhana, influenza berlaku sepanjang tahun di Malaysia. Ini bermakna anda boleh dijangkiti flu pada bila-bila masa.

-Influenza merebak daripada seorang ke seorang terutamanya melalui titisan-titisan cecair hingga kira-kira sejauh 6 kaki.

-Influenza berjangkit dengan mudah dalam komuniti dengan penularan yang pantas di kawasan sesak seperti sekolah dan rumah jagaan.

-Suntikan flu mengurangkan penyakit berkaitan flu dan risiko komplikasi serius yang boleh mengakibatkan kemasukan ke hospital atau kematian. Di samping itu, suntikan flu juga dapat mencegah penyebaran virus dalam komuniti.

UJIAN FLU TIDAK KERAP DILAKUKAN

-Ujian flu tidak dilakukan secara rutin. Gejala flu adalah serupa dengan Covid-19, tetapi ia selalunya merupakan penyakit yang dipandang ringan.

-Perlu diambil perhatian bahawa demam tidak selalu ada pada semua peringkat umur, terutamanya pada golongan dewasa yang lebih tua dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

-Sekiranya anda memiliki faktor komorbid, mengabaikan gejala ini dan tidak mendapatkan rawatan perubatan boleh memburukkan jangkitan flu dan penyakit yang sedia ada.

-Dapatkan suntikan flu kerana ia dapat menghalang daripada dijangkiti penyakit yang teruk dan daripada lawatan doktor yang berkaitan dengan flu.

FLU BOLEH MENJADI PARAH SEHINGGA BOLEH MEMBAWA KEPADA KEMATIAN

-Walaupun kebanyakan orang yang mendapat flu pulih dalam beberapa hari hingga kurang daripada dua minggu, individu berisiko tinggi mungkin mengalami komplikasi yang boleh mengancam nyawa.

-Kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita hamil dan dua minggu selepas bersalin, warga emas, mereka yang mempunyai penyakit perubatan kronik seperti diabetes, penyakit jantung, sejarah strok, penyakit buah pinggang kronik, penyakit pernafasan kronik seperti asma dan penyakit pulmonari obstruktif kronik termasuk mempunyai sistem imun yang lemah akibat penyakit atau rawatan seperti penghidap HIV atau AIDS, atau kanser.

influenza

-Salah satu komplikasi serius flu yang memerlukan rawatan di hospital ialah radang paru-paru yang berpunca sama ada daripada jangkitan flu atau jangkitan bersama virus dan bakteria.

-Flu juga boleh membawa kepada sepsis yang merupakan tindak balas yang mengancam nyawa kepada jangkitan yang boleh merebak pantas kepada kegagalan organ dan kematian.

-Di samping itu, kerosakan pada sel-sel dalam paru-paru yang disebabkan oleh virus influenza dan kekurangan pernafasan mengakibatkan sindrom gangguan pernafasan akut (ARDS).

-ARDS memerlukan pengudaraan invasif (sokongan pernafasan) yang dengan sendirinya membawa risiko kepada peningkatan kematian.

BACA JUGA Selain Covid-19, kini penyakit influenza boleh ancam nyawa

BACA JUGA Hari Raya semakin nak dekat, pakar ramal jangkitan influenza bakal meningkat

FLU (SEPERTI COVID-19) LEBIH BERISIKO MENGANCAM WARGA EMAS

-Orang yang lebih tua terutamanya mereka yang mempunyai penyakit kronik yang sedia ada berisiko mendapat komplikasi yang teruk daripada flu.

-Ini disebabkan oleh perubahan dalam pertahanan imun dengan peningkatan usia menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada jangkitan.

-Berdasarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, hingga 85 peratus kematian yang berkaitan dengan flu berlaku dalam kalangan golongan berumur 65 tahun dan ke atas.

-Kajian mendapati bahawa vaksinasi flu mengurangkan risiko akibat jangkitan flu yang lebih serius yang boleh mengakibatkan kemasukan ke hospital atau kematian pada golongan yang lebih tua.

-Vaksinasi flu juga melindungi kebebasan dalam kalangan warga emas. Berdasarkan WHO, vaksinasi flu dan vaksinasi Covid-19 boleh diberikan pada masa yang sama.

Iklan

 influenza

FLU BOLEH MENYEBABKAN SERANGAN JANTUNG

-Kajian pada tahun 2018 mendapati, risiko mendapat serangan jantung adalah enam kali lebih tinggi dalam masa seminggu selepas disahkan jangkitan flu.

-Penemuan ini paling ketara bagi golongan dewasa yang lebih tua dan mereka yang mengalami serangan jantung buat kali pertama.

-Suntikan flu melindungi jantung anda. Ia mengurangkan risiko kardiovaskular sebanyak 36 peratus.

-Selain itu, terdapat pengurangan sebanyak 45 peratus risiko kardiovaskular pada pesakit yang mempunyai sejarah sindrom koronari akut. Penurunan risiko kematian sebanyak 18 peratus dilaporkan pada pesakit yang mengalami kegagalan jantung.

SELESEMA BOLEH MENJADI BAHAYA BAGI PENGHIDAP DIABETES

-Jika anda menghidap diabetes (jenis 1, jenis 2, atau kehamilan), flu boleh menjadi lebih daripada sekadar demam dan gejala pernafasan.

-Ia boleh menyukarkan anda untuk mengawal paras gula dalam darah dan berdepan dengan risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit yang berpanjangan, dimasukkan ke hospital dan juga kematian, walaupun penyakit kencing manis anda dikawal dengan baik.

Iklan

-Malah, kajian telah menunjukkan bahawa pesakit kencing manis adalah enam kali lebih berkemungkinan dimasukkan ke hospital dengan komplikasi flu.

-Suntikan flu tahunan mengurangkan risiko kegagalan jantung sebanyak 22 peratus, strok (30 peratus), serangan jantung (19 peratus) dan radang paru-paru (15 peratus) pada pesakit kencing manis.

-Suntikan flu adalah salah satu cara penting untuk menguruskan diabetes anda dengan baik.

KEHAMILAN DAN ANAK DALAM KANDUNGAN

-Semasa hamil, badan anda mengalami perubahan pada sistem imun, jantung dan paru-paru menjadikan anda lebih terdedah kepada influenza yang lebih teruk sehingga menyebabkan kemasukan ke hospital sepanjang kehamilan hingga dua minggu selepas bersalin.

-Anak dalam kandungan juga berisiko mendapat komplikasi daripada flu seperti kecacatan tiub saraf, kelahiran pramatang dan juga kematian.

influenza

Vaksinasi flu sahaja melindungi ibu mengandung, tetapi juga anak dalam kandungan. Antibodi yang dihantar daripada ibu kepada bayi dalam kandungan akan berfungsi sebagai perlindungan untuk enam bulan pertama selepas kelahiran hingga bayi cukup umur untuk suntikan flu pertama mereka pada enam bulan dan seterusnya.

“Kita telah menyaksikan kebolehan penyakit berjangkit seperti Covid-19 yang telah menyebabkan kita terus berwaspada. Tiada sebab untuk panik, namun kami menggesa rakyat Malaysia terutamanya golongan berisiko tinggi untuk mengutamakan pencegahan flu melalui vaksinasi dan mematuhi SOP Covid-19,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan