Susun atur bilik stor ada caranya. Barulah lebih kemas, sistematik dan mudah cari barang!

Iklan
NEW DEKO

SUSUN atur ruang yang sempit bukan sekadar memudahkan mencari barang, ia sedikit sebanyak membuatkan hati kita tenang dan sedap mata memandang.

Selain itu, barulah nampak kemas walaupun barang-barang yang ditempatkan di dalamnya ada pelbagai jenis.

Iklan
Iklan

Pencarian juga akan bertambah senang kalau label ditampal pada setiap kotak.

Baca ni: Wanita ini DIY balkoni jadi ruang santai dan lepak, siap mini garden. Lengkap 'safety' untuk anak kecil. Cantik!

Iklan

Tip yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Neena Zaidi baru-baru ini sangat bermanfaat untuk kita ikuti.

Iklan

Dalam entrinya, Neena menyentuh tentang bilik stor rumahnya yang pada awalnya masih tersusun.

Namun, lama-kelamaan limpahan barang semakin bertambah menyebabkan ruang nampak bersepah.

Mahu buang semua barang, sayang pulak kan?

RUANG STOR BAHAGIAN PALING MENCABAR

'Sakit mata' dengan keadaan tersebut menyebabkan Neena memilih untuk mengemas walaupun suaminya mengatakan tidak perlu memandangkan ruang berkenaan tertutup.

 

"Baru selesai susun bahagian yang paling mencabar dalam rumah iaitu bilik stor. Anda boleh tengok hasilnya sebelum dan selepas.

"Bilik stor ni kecil sahaja, ukuran 6 kaki x 7.5 kaki (180cm x 230cm). Nampak besar sebab saya guna wide angle.

"Hasil daripada susun atur yang baharu, ruang stor tampak tersusun kemas dan setiap box dilabelkan mengikut barang," katanya.

Bahkan, terdapat sedikit ruang untuk berjalan dan mengambil barang tanpa sebarang halangan seperti sebelum ini.

WALLPAPER TUTUP CAT LUNTUR

Serentak dengan itu, Neena turut menggunakan wallpaper pada bahagian bawah bagi menutupi cat yang sudah luntur. Simple sahaja tetapi bermanfaat dan selesa!

Akuinya lagi, tidak banyak item yang dibuang ketika dalam proses mengecilkan ruang berkenaan.

Ini kerana beliau mengamalkan sistem 'spring cleaning' berkala.

Setiap barang yang ada di dalam stor berkenaan memamg ngam-ngam dengan saiz ruang yang ada.

Bahkan, permaidani dan tangga pun ada ditempatkan di sudut yang membolehkan ruang tersebut nampak teratur tanpa halangan.

TIP MAKSIMUMKAN RUANG STOR

Beliau turut berkongsi tip untuk memaksimumkan penggunaan ruang dalam bilik stor. Antaranya:

1. Rancang sebelum mula susun. Senaraikan barang-barang yang ada dalam stor mengikut kategori.

2. Ukur keluasan bilik.

3. Pre-plan kedudukan rak dalam bilik.

4. Cari saiz boltless rack yang bersesuaian dengan saiz bilik.

5. Cari storage bin yang bersesuaian dari segi saiz dengan kuantiti yang mencukupi untuk setiap kategori barang.

Kalau ikut semua tip yang dicadangkan Neena, pasti setiap ruang rumah kita terutama stor pun lebih teratur.

Paling penting, kita semua kena rajin kerah sedikit keringat. Betul tak?

Baca lagi: Deko bilik kecil jadi kapal angkasa, hasilnya sangat wow!

Sumber: Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY