SEPANJANG tempoh PKP yang telah memasuki hari kelapan, pelbagai perkara yang dilakukan orang ramai dan dikongsi di halaman sosial masing-masing seperti Instagram, Facebook dan juga twitter.

Seperti seorang artis dari Kuala Lumpur, dia telah menarik perhatian warganet apabila menghabiskan tempoh PKP dengan idea ‘gila’ dekorasi ruang biliknya menjadi kapal angkasa.

Deko bilik kecil jadi kapal angkasa, hasilnya sangat wow!
Ruang asal bilik sebelum di deco

Menerusi perkongsian oleh pemilik akaun Facebook Ahmad Fathil Zakaria, projek ubahsuai dan dekorasi itu diberi nama Projek Perumahan Terbang.

Transformasi dari bilik kecil dengan saiz hanya 68 kaki persegi menjadi kapal angkasa. Memang kerja gila dan hasilnya juga memang ‘gila’.

Deko bilik kecil jadi kapal angkasa, hasilnya sangat wow!
Idea dilakar di atas kertas untuk mencari sudut yang sempurna.

Idea yang diperolehinya dijadikan lakaran di atas kertas sebelum dijadikan panduan untuk memulakan proses ubahsuai bilik tersebut.

Dari bilik biasa-biasa boleh jadi luarbiasa sebegini. Inilah yang dikatakan idea kretif di luar kotak. Memang layak jadi seorang artis!

Perkongsian lelaki ini menerusi laman Facebooknya telah meraih hampir 56,000 perkongsian, 21,000 tanda suka dan menerima pelbagai pujian dari warganet setakat ini.

Deko bilik kecil jadi kapal angkasa, hasilnya sangat wow!
Hasil akhir selepas mendapat sentuhan lampu LED

Dalam kirimannya itu, Fathil bukan sahaja berkongsi gambar sebelum dan selepas tetapi turut bercerita tentang proses keseluruhan termasuk lakaran perspektif dan beberapa efek pencahayaan yang akan dilakukan.

Iklan

Fathil memuat naik 50 keping gambar dan juga video sepanjang pembikinan Projek Perumahan terbangnya dari mula hingga akhir.

Untuk melihat video yang memaparkan situasi dalam ‘kapal angkasa’ itu anda boleh lihat kembali kiriman asal di Facebook miliknya yang menggunakan nama Ahmad Fathil Zakaria.

Iklan
Deko bilik kecil jadi kapal angkasa, hasilnya sangat wow!
Ruang bilik tidurnya kini seolah olah berada dalam sebuah pesawat di angkasa lepas.

Mungkin dengan melihat gambar dan video yang dihasilkan anda juga terinspirasi untuk menghias ruang kediaman anda menjadi apa seperti anda minat.

Seperti penulis sendiri minatkan kelajuan dan perlumbaan. Mungkin penulis boleh deco ruang tamu jadi Litar Antarabangsa Sepang atau ruang kokpik kereta lumba.