RUANG balkoni kediaman ini dijadikan tempat bersantai dan lepak seisi keluarga. Siap ada mini garden yang cantik!

Ya, setiap orang punya cara dan idea tersendiri dalam DIY atau menghias kediaman masing-masingkan?

Baik rumah atas tanah mahupun bertingkat, yang penting memberikan keselesaan buat penghuni.

Pendekatan yang Siti Ilana Sallehudin lakukan nyata cukup bijak dalam susun ruang di bahagian balkoninya.

Kata kuncinya, sempit dan kecil tidak bermakna ruang tersebut dibiarkan kosong.

Baca ni: Inginkan dekorasi menarik, tetapi rumah sempit? Jangan bimbang 4 kaedah ini boleh membantu

Simple, kemas dan sedap mata memandang. Bahkan, soal keselamatan si kecil juga amat dititikberatkan.

Sebaliknya, dengan suntikan idea dan kreativiti, beliau menyuntuk ilham dekor yang cukup indah di ruang tersebut.

Apa yang SinarPlus boleh katakan, ia memang simple, kemas dan sedap mata memandang. Bahkan, soal keselamatan si kecil juga amat dititikberatkan.

RUANG LUAS DAN PEMANDANGAN TANPA HALANGAN

Pada pandangan kasar, mungkin ramai yang tidak menyedari pemilik kediaman ini rupa-rupanya membina “INVISIBLE GRILL” di balkoni untuk tujuan keselamatan si kecil.

Menurut Siti Ilana, sebelum ini ada pihak yang menegur soal keselamatan si kecil.

Oleh kerana mahukan ruang yang luas dan pemandangan tanpa halangan, beliau tidak memasang grill besi pada sliding door di balkoni tersebut.

Baca juga: Ambil kira saiz ruang warna perabot langsir jubin sebelum cat rumah kita jangan sembarangan

Kalau tenung lama-lama akan nampak garis-garis halus yang sizenya boleh lepas lengan sahaja.

Sebaliknya, memilih invisible grill. Grill wire besi tahan karat yang fleksibel disalut dengan nylon/teflon untuk tahan panas.

“Kalau tenung lama-lama akan nampak garis-garis halus yang sizenya boleh lepas lengan sahaja. Kekuatan invisible grill ini dikatakan boleh menahan impak seberat 150 kilogram.

“Kami juga dibekalkan dengan pemotong wayar khas jika berlaku kecemasan atau kebakaran (nauzubilah minta dijauhkan),” ungkap Siti Ilana lagi dalam perkongsian yang dimuat naik menerusi laman Facebook.

GUNAKAN SUAMI ‘PENANDA’ AMARAN

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut berkongsi teknik bagaimana ‘memanipulasi’ beberapa ruang yang kadangkala dianggap tidak penting oleh sesetengah orang. Antaranya:

1. Ruang keamanan

-Bagi Siti Ilana, pokok-pokok hidup yang ada memberikan ketenangan dan kesegaran. Ketika meluangkan masa berkebun dan bermanja-manja dengan pokok,
beliau akan meletakkan kanvas besar sebagai alas kepada rumput tiruan.
-Menurutnya, cara itu memudahkannya untuk mencuci.
-Rak bertingkat yang tinggi juga digunakan untuk maksimumkan penggunakan ruang, tanpa menghalang laluan di lantai ataupun boleh pasang wall shelf.

“Saya ‘gunakan ‘suami’ sebagai penanda amaran apabila jumlah pokok melebihi kapasiti..suami akan berbunyi “nonononononomoree” bila isteri hilang pertimbangan membeli pokok tanpa mengira ruang kapasiti yang ada,” seloroh Siti Ilana.

Iklan
Bagi Siti Ilana, pokok-pokok hidup yang ada memberikan ketenangan dan kesegaran.

2. Ruang jemur baju

-Sesetengah pemilik kediaman tidak gemar menjadikan balkoni sebagai tempat ampaian.
-Selain sakit mata memandang, kadangkala angin kuat atau hujan lebat baju di ampaian habis basah. Terpaksa cuci semula kan!
-Justeru, beliau memilih kaedah yang mudah serta menjimatkan ruang. Ampaian baju jenis ringan dan boleh dilipat menjadi pilihannya.

“Cukuplah ruang jemur baju untuk keluarga empat orang dengan syarat tiap-tiap hari kena basuh. Cara saya, malam sebelum tidur basuh satu load, jemur dulu di dalam rumah bawah kipas angin.

“Kalau jemur pagi, tengah hari dah kering sebab malam tu kita anginkan siap-siap bawah kipas. Kalau tak memang satu hari jemuran di balkoni. Sakit mata memandang,” kata Siti Ilana lagi.

Tak perlu ada macam-macam jenis kerusi. Jimat ruang apabila guna perabut pelbagai guna sebegini.

3. Ruang santai

Selain itu, Siti Ilana juga menjadikan balkoni sebagai ruang bersantai dan lepak seisi keluarga. Pemilihan meja lipat dan kerusi pelbagai guna sangat menjimatkan ruang yang ada.

Iklan

Meja boleh disimpan tepi untuk penggunaan ruang untuk tujuan menjemur baju dan berkebun.

“Meja lipat juga boleh digunakan sebagai meja tambahan jika ada tetamu datang lepak, kerusi pula kami guna stool dan step stool pelbagai guna.

“Kami juga guna stool ini di dapur untuk panjat ambil barang di kabinet atau duduk sambil memasak,” tambahnya lagi.

Jadi, tak perlu ada macam-macam jenis kerusi. Jimat ruang apabila guna perabut pelbagai guna sebegini.

Wah, memang kreatif Siti Ilana. Barangkali apa yang dilakukannya boleh kita tiru.

Sumber: Siti Ilana Binti Sallehudin via Deco Rumah Cara Shopee (DRCS)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.