WANITA dilahirkan dengan tabah dan kuat tetapi sarat dengan kasih sayang. Seperti wanita Mat Salleh ini, kuat meskipun diuji suami sakit. Malah dikatakan lebih ‘keMelayuan’ daripada generasi masa kini.
Dikenali sebagai Aunty Azizah, wanita kelahiran Amerika Syarikat yang menetap di Gerik, Perak.
Tambahnya, wanita itu sering memakai baju kurung Kedah dan kain batik.
Baca juga: Dahulu ikut abah meniaga pasar malam, kini muncul antara 10 wanita hebat di ASEAN
Baca juga: Walau diri sendiri sakit, ibu mithali jaga dua anak terlantar seumur hidup, cacat pendengaran
Melalui kehidupan seperti wanita tempatan, Azizah dilihat menaiki motosikal di sekitar kampung kampung dan menawarkan perkhidmatan pembersihan. Antaranya mencuci pakaian dan permaidani untuk menampung hidup.
Tidak sekadar itu, Azizah turut gigih mengambil upah memotong rumput dan mencuci pinggan di kedai makan.
"Paling dahsyat kadang kala dia memikul mesin rumput dan memotong mesin rumput rumah orang. Hari tu dia pernah tolong akak cuci pinggan sekejap. Tapi dia tak larat berdiri lama kerana pahanya pernah patah kerana kemalangan,” titip Norlaila.
Baca juga: Sabar, tabah resipi bahagia wanita bergelar isteri
Selain itu, ada perkara lain yang mengagumkan Norlaila berkenaan Azizah iaitu menitikberatkan ibadah solat selepas azan dilaungkan. Menurutnya, wanita itu akan berusaha menunaikan ibadah itu pada awal waktu.
Warga maya rata-rata memuji Azizah. Malah ada yang mengagumi kebolehannya memakai kain batik.
-"Respect, kudrat yang sentiasa kuat, dianugerahkan ALLAH SWT semangat dan ketabahan jitu bila beban terletak di bahu wanita. Semoga dipermudahkan urusan dan peroleh rezeki yg melimpah ruah buat puan Azizah, Laila dan kita semua Aamiin.”
-"Serius lah pandai pakai kain batik, saya sendiri pun tidak pandai pakai kain batik.”
-"Alhamudullilah.. Didikan agama yang kuat daripada suami untuk isteri mualaf. Semoga di permudahkan segala urusan.”
-"Perempuan apa yang tak boleh di buat kak. Semua boleh bila keadaan memerlukan.”
-"Salute buatnya, walaupun diuji suami sakit, masih setia dan sudi buat bermacam kerja untuk menyara kehidupan. Semoga diberikan kesihatan baik, diberikan kesembuhan kepada suaminya, dikurniakan rezeki baik-baik untuk mereka. Aamiin.”
Siapa diantara kita yang rajin melakukan kerja-kerja rencam sepertinya? Semoga ketabahan Aunty Azizah boleh dijadikan inspirasi buat kita semua.
Baca juga: Suami meninggal ketika hamil, ibu tunggal jadi ketua keluarga sara 6 anak
Sumber: Norlaila Dlaila
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.