Langkawi rangkul Asia Best Awards 2022, antara pulau terbaik! Patutla disukai wanita. 6 info berkaitan

Iklan
Jom Cuti-Cuti Malaysia

LANGKAWI merangkul anugerah peringkat antarabangsa Asia Best Awards 2022 dan diiktiraf sebagai satu daripada Pulau Terbaik di Asia Tenggara.

Pulau Langkawi sentiasa menjadi destinasi pelancongan pilihan ramai. Selain terkenal dengan lagenda Mahsuri, pemandangan pantainya yang indah amat mendamaikan.

Iklan
Iklan

Bak kata pepatah pulau legenda itu memiliki segala-galanya yang diinginkan oleh pelancong.

Terbaharu, pulau itu diiktiraf antara pulau terbaik di Asia Tenggara, berikut 6 info berkaitan;

Iklan

1. Langkawi terdiri daripada gugusan 99 pulau di luar pantai Kedah, berjaya merangkul anugerah peringkat antarabangsa 'Asia Best Awards 2022' dan diiktiraf sebagai satu daripada Pulau Terbaik di Asia Tenggara baru-baru ini.

2. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib berkata anugerah itu membuktikan usaha dan dedikasi berterusan pihaknya terutama sepanjang pandemik iaitu semasa ketibaan pelancong ke pulau itu berada pada tahap kurang memuaskan.

Iklan

3. Kejayaan manis itu turut diiringi dengan berita gembira apabila Four Seasons Resort Langkawi turut menerima anugerah The Best Beach and Upcountry Hotel in Malaysia 2022.

4. Nasaruddin berkata sebagai agensi perintis dalam pembangunan pelancongan Langkawi, LADA memainkan peranan penting untuk menjadikan Langkawi destinasi pelancongan bertaraf dunia yang terkenal seperti sekarang.

5. Katanya juga, pihaknya menjangkakan ketibaan lebih ramai pelancong antarabangsa berpotensi menggiatkan semula ekonomi dan merangsang pendapatan masyarakat setempat.

6. Pelan tindakan merangkumi mempromosikan pelancongan berkonsepkan hijau, mencipta pengalaman dan bertanggungjawab, insentif seperti membeli-belah bebas cukai dan mewujudkan tempat yang menarik untuk Instagram bagi memastikan ia dapat mengekalkan kedudukan sebagai satu daripada pulau terbaik di Asia Tenggara.

Baca juga Seperti berada dalam filem The Lord of the Rings, Muzium Ilusi hadirkan magis buat kita kagum

Sementara itu, Pulau Langkawi juga menjadi tarikan pelancong luar dan dalam negara terutamanya kaum wanita kerana di situlah Syurga membeli belah.

Antara barangan yang terkenal dan wajib dibeli ketika berkunjung di Langkawi tidak lain tidak bukan adalah coklat, rokok dan pinggan mangkuk.

Berikut tempat sesuai untuk anda membeli-belah sama ada untuk diri sendiri mahupun dijadikan sebagai buah tangan untuk dibawa pulang;

1. HIG Mall

2. Rams Home Decor Sdn Bhd

3. Idaman Suri

4. Jetty Point

5. Zeno Duty Free Shopping Centre

6. Langkawi Saga Shopping Centre

Baca juga Kehilangan ibu di usia 3 bulan, ayah 7 tahun, sedihnya kisah pemuda rebah ketika kawad

7. Langkawi Fair

8. Langkawi Parade

9. Cenang Mall

10. Cenang Street

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.