KEHILANGAN insan tersayang merupakan antara ujian paling getir yang menimpa seseorang atau sesebuah keluarga.

Ia pastinya merupakan peristiwa yang tidak mungkin dapat dilupakan apatah lagi apabila kehilangan ibu atau bapa kandung sendiri.

Begitu juga kisah yang berlaku ke atas seorang pemuda yang semalam tular di laman sosial membuatkan ramai sebak.

Menerusi sebuah video yang memaparkan seorang warga emas berlari berkaki ayam mendapatkan pemuda tersebut yang rebah sewaktu perbarisan.

Video tersebut membuat ramai menitis air mata melihat kasihnya seorang bapa melulu mendapatkan anaknya yang rebah sekali gus menjadi ‘benteng penahan’ ketika anak itu masih longlai.

Rupanya pemuda itu merupakan anak buah warga emas tersebut yang juga merupakan seorang penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), rebah sewaktu perbarisan Hari Penguat Kuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang, Selangor.

Lagi bertambah sayu apabila dikatakan pemuda itu merupakan anak yatim piatu yang kehilangan ibu ketika usianya tiga bulan dan ayahnya pula meninggal dunia ketika berusia tujuh tahun.

Tampil mengesahkan perkara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Ashraf Wajdi Dasuki, pemuda dikenali Nik Mohd Adhar merupakan anak yatim piatu dan sudah lama dibesarkan oleh bapa saudaranya iaitu Abdul Aziz Ya’acob.

Baca juga Ibu sempat campak anak dari motosikal sebelum maut, ini kronologi kejadian

Kehilangan ibu di usia 3 bulan, ayah 7 tahun, sedihnya kisah penguatkuasa KPDNHEP rebah ketika kawad

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Dr Ashraf berkata beliau sempat menghubungi Adhar yang juga anak angkatnya dan bertanyakan khabar selepas kejadian tersebut berlaku.

“Dia memang tidak berapa sihat dan demam sejak tiga hari yang lalu. Walau bagaimanapun, dia mahu berkawat sempena Hari Penguatkuasa KPDNHEP, semalam.

Iklan

“Ujarnya, sebenarnya semasa abah datang melulu tu, itu kali kedua saya rebah. Kali pertama saya masih boleh bangun dan kedua, abah datang,” coretnya.

Sejak ibu bapa meninggal dunia, bapa saudara itulah yang menggalas tanggungjawab sebagai ayah untuk membesarkan pemuda yang berasal dari Tumpat, Kelantan itu.

Baca juga Sarah Hildebrand sertai Tentera Udara AS – ‘Anything is possible’

Iklan

Selain itu, video berkenaan juga turut memberikan kesedaran kepada anak-anak yang kasih ibu membawa ke Syurga dan kasih ayah sepanjang masa.

Buat yang masih punyai ibu bapa, hargailah mereka ketika ada dan sedekahkan al-Fatihah buat yang telah tiada.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.