Beruntung! Wanita diceraikan suami, layanan mentua kekal seperti menantu buat ramai tersentuh

Iklan
Beruntung! Wanita diceraikan suami, layanan mentua kekal seperti menantu buat ramai tersentuh

BERUNTUNG insan bergelar wanita ini apabila dia diceraikan suami namun layanan keluarga mentua tak pernah berubah.

Mana mungkin setiap pasangan suami isteri mahukan ikatan pernikahan mereka berakhir di tengah jalan.

Iklan
Iklan

Pelbagai perkara yang boleh mencetuskan keretakan dalam hubungan perkahwinan yang menyebabkan perceraian.

Apabila suami dan isteri tidak lagi sehaluan, mereka tidak lagi saling menghormati dan yang paling sering kita dengar adalah terdapat insan ketiga antara mereka.

Iklan

Pun begitu, biasanya penceraian suami isteri juga akan melibatkan hubungan kekeluargaan dengan bekas mentua turut menjadi 'jauh' dan ada antaranya terus terputus.

Namun lain dengan situasi dilalui wanita ini apabila walaupun sudah dua tahun diceraikan suami, layanan keluarga mentua sungguh luar biasa, persis masih bergelar menantu. Bertuahnay badan!

Iklan

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita dikenali Sha diuji rumah tangga yang dibina dengan bekas suami tidak bertahan lama.

Meskipun gelaran isterinya sudah lenyap akibat 'dipecat', namun dia tetap disayangi sebagai menantu.

Baca juga 18 tulang rusuk, dua kaki patah, kepala lebam digoncang, bayi 10 minggu maut angkara ibu sendiri

Paling menyentuh hati ramai apabila dia ditemani ibu mentua semasa hadir ke mahkamah syariah bagi menyelesaikan kes penceraiannya.

Walaupun jodoh perkahwinan sudah terhenti, namun jalinan hubungan antara dia dan keluarga mentua tetap akrab.

Bukan setakat bercuti bersama untuk pulihkan semangat, malah sehingga kini dia sering diajak untuk pergi berjalan serta raikan perayaan bersama-sama.

Perkongsiannya itu mencuri perhatian ramai. Rata-rata warga maya terinspirasi dengan silaturahim antara mereka.

Malah, dia turut mendapat komen daripada bekas adik iparnya sendiri yang sangat menyentuh hati.

"Apa juga terjadi. Akak tetap akak kami. Tiada apa yang dapat pisahkan kita. Saya tetap wali yang sah untuk Imtinan."

Baca juga Kehilangan ibu di usia 3 bulan, ayah 7 tahun, sedihnya kisah pemuda rebah ketika kawad

Selain itu, ramai yang menyatakan mentua seumpama itu susah untuk dijumpai kini dan beruntungnya wanita itu dikurniakan individu yang sangat baik dan penyayang.

Ujar mereka;

"Alhamdulillah sis beruntung sis mentua sis caring camtu..."

"Satu dalam sejuta dapat jumpa keluarga macam ni. Alhamdulillah moga awak kuat dan bahagia dengan anak-anak."

"Ya ALLAH, baiknya mertua awak. Mesti awak menantu yang sangat baik sebab tu diorang sayang."

"Satu dalam sejuta, aku belum kena pecat as wife pon dah kena pecat dari jadi menantu. Bila dah tak jadi isteri lagi la tak dipeduli."

"Happy tengok.. saya pun penah putus separuh jalan. Kahwin balik sebab anak kecik lagi dan mentua baik. Apa pun sama-sama berubah ke arah kebaikan demi anak-anak."

"Alhamdullillah, they really works as ALLAH as. Masya-ALLAH. Ujian pun rezekikan."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.