SALAH satu perkara yang paling ditakuti dalam hubungan perkahwinan adalah perceraian.

Tidak ada pasangan yang berkahwin mahu bercerai. Pelbagai perkara yang mencetuskan keretakan dalam hubungan perkahwinan yang menyebabkan perceraian.

Apabila suami dan isteri tidak lagi sehaluan, mereka tidak lagi saling menghormati dan yang paling sering kita dengar adalah terdapat insan ketiga antara mereka.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang perceraian dianggap sebagai penyelesaian terbaik untuk keruntuhan rumah tangga.

Begitulah yang dikongsi Ustaz Firdaus Mokhtar.

Menurutnya, dalam kehidupan ada banyak perkara yang kita tak mahu, tapi tetap berlaku contohnya bercerai.

“Iya, kita berpisah hidup dengan pasangan kita. Yang pernah bercinta, hidup dan segalanya dengan kita.

“Sebab berlaku perselisihan yang kita tak dapat nak berlapang dada, kita pilih jalan akhir untuk tidak lagi hidup sebumbung.

“Benar kawan-kawan, semua ini dibenarkan oleh Tuhan. Sekali pun ini yang Tuhan paling tak suka,” kongsi beliau.

Katanya, penceraian bukan lesen burukkan pasangan, fikirkan emosi anak dan kesannya.

“Namun, setelah semua itu berlaku, bukanlah kita punya lesen atau kebenaran untuk memburukkan bekas pasangan kita.

“Kita mengajar anak-anak untuk mengata ayah dia. Kita ajar anak berperasaan tak betul kepada mak dia.

“Cerita pula segala lemah dan kurang bekas pasangan kepada kawan-kawan, keluarga dan siapa sahaja yang kenal kita. Sebolehnya nak letak salah berpisah itu pada sebelah pihak,” ujarnya.

Dah bercerai bukan lesen aibkan pasangan, tanggungjawab wajib dilaksanakan

Pesan Ustaz Fridaus, kawan-kawan sekalian;

1. Sekali pun jodoh tak panjang, kita masih boleh hidup seperti biasa.

Bertegur dan berbincang. Terutama tentang zuriat yang lahir daripada diri kita dan pasangan kita dahulu. Itu benih cinta kita. Jadi masih perlu kepada aturan bersama.

2. Anak-anak yang lahir ini ada ikatan darah daripada mak ayah dia.

Maka macam mana jauh terpisah pun, tetap menjadi tanggungjawab mak ayah kandung dia untuk membesarkan mereka.

3. Jangan sampai kerana marah kita kepada bekas pasangan kita, anak-anak jadi mangsa.

Iklan

Mereka diabai dan tidak dipedulikan. Terutama nasib akhirat mereka.

4. Ramai sangat anak-anak hasil rumah tangga yang retak jadi anak-anak bermasalah.

Iklan

Sekolah terganggu, pelajaran entah ke mana dan yang paling kita takut mereka ini akan ada masalah emosi. Tak ada kasih sayang.

Baca juga 5 rutin mudah mengemas rumah hujung minggu

5. Yang tak ada kasih sayang seorang ayah akan mencari lelaki diluar rumah.

Anak lelaki pula tiada kawalan seorang ayah akan jadi anak yang keras, kuat melawan dan tak lekat di rumah. Hilang selalu. Bebas dengan kawan-kawan.

6. Kawan-kawan, kalau pun hubungan kita tak berjaya di dunia. Moga dengan perceraian itu kita tidak semakin jauh dengan Tuhan.

Semoga pasangan suami isteri dijauhkan sikap sebegini setelah diuji dengan penceraian.