9 makanan baik untuk hati saintis sarankan, 6 rutin ini wanita jangan lupa buat

Iklan
6

HATI adalah organ yang paling aktif di dalam tubuh berfungsi mengawal metabolisme, sintesis protein, menyimpan vitamin dan besi, menghasilkan cecair hempedu dan menyingkir toksin daripada badan. 10 jenis makanan ini elok diamalkan bagi meningkatkan kesihatannya.

Hati berlemak adalah salah satu masalah hati yang kerap terjadi. Saranan makanan dan tip yang dikongsikan saintis, Dr Suri Roowi Ph.D KMN ini boleh digunakan.

Iklan
Iklan

Baca juga: Petua minum air pangsa lepas makan durian sangat berguna, saintis jelaskan

Baca juga: Teknik memasak daging dan kesannya terhadap purine, penyebab gout

Iklan

Menurutnya, terdapat pelbagai jenis makanan untuk bantu masalah hati iaitu hati berlemak dan sirosis hati. Antaranya adalah seperti berikut:

1. BAWANG PUTIH

Iklan

Minum air bawang putih. Cara penyediaannya ialah dengan mengetuk dua ulas bawang putih, biarkan selama 10 minit kemudian ditambah madu dan air suam.  Kacau dan seterusnya diminum. Usah menggunakan bawang putih berlebihan, memadai dengan hanya satu atau dua ulas sahaja dengan segelas air.

Baca juga: Hipertensi, penyakit paling pantas menemui ajal. Hati-hati, jagalah pemakanan

2. CINCAU HITAM

Meakan cincau hitam. Kajian saintifik mendapati cincau hitam bertindak sebagai pelindung hati. Dapatan kajian menunjukkan terdapat penurunan enzim-enzim petunjuk kerosakan hati seperti SGOT, SGPT dan ALP.

3.TEH HIJAU

Minum teh hijau kerana ia berupaya membantu masalah hati berlemak dan sirosis hati.

4.KUNYIT

Minum jus kunyit yang dibancuh dengan sedikit serbuk lada hitam. Jus kunyit boleh bantu melambatkan kerosakan hati akibat sirosis.

5.BIJI ANGGUR

Minum air biji anggur. Caranya dengan menumbuk dan mencampurkan ia dengan air. Biji anggur kaya bahan khasiat procyanidin iaitu antioksidan. Ia lebih mudah diekstrak menggunakan air berbanding minyak. Procianidin adalah antara bahan antioksidan yang kuat membantu masalah hati berlemak.

6.TINGKAT PENGAMBILAN SERAT

Memakan makanan berserat tinggi seperti buah tin dan barli.

7.LOBAK PUTIH

Makan lobak putih yang direbus kerana glucoraphenin dalam lobak putih bagus untuk bantu masalah hati terutamanya hati berlemak.

8.POKOK DUKUNG ANAK

Baca juga: Jantung pisang bantu masalah diabetes dan kurang sel darah merah

[caption id="attachment_88228" width="800"] Kredit foto: MyCheck[/caption]

Minum air rebusan pokok dukung anak pada kadar 3 gram dalam 300 mililiter air panas.

9.ASAM GELUGUR

Minum air asam gelugur untuk bantu kurangkan lemak dalam hati.

6 AMALAN MENGELAKKAN KEROSAKAN HATI

Dalam pada itu, Dr Suri turut berkongsi beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam memelihara hati.

1.Parut terlebih dahulu ubi untuk menghilangkan kandungan cyanide di dalamnya

2.Pastikan sayur-sayuran dibasuh bersih dan direndam garam terlebih dahulu (untuk membuang racun)

Baca juga: Batu hempedu: Kurangkan makanan berminyak, berlemak elak masalah cirit-birit

[caption id="attachment_86344" width="1024"] Hati berlemak terhasil daripada ketidakseimbangan penghasilan lemak yang berlebihan dan penyingkiran lemak yang kurang dalam darah[/caption]

3. Kurangkan makanan berempah

4. Banyakkan minum air

5.Bagi yang mempunyai masalah kesihatan hati, disarankan untuk mengelak sayu-sayuran jenis 'night shade plant' iaitu terung, cili, ceri, tomato dan kentang

6.Hindari makanan yang sudah busuk / rosak seperti kentang atau halia busuk.

Baca juga: Tip pemakanan selepas pembedahan buang hempedu, jangan langgar pantang

Sumber: Dr Suri Roowi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.