Positif hamil di Makkah, MUA Bellaz kongsi wajah Nur Aisywara Nealofa

Iklan
1

BERADA di kota suci Makkah untuk menunaikan umrah, jurusolek dan usahawan wanita, MUA Bellaz berkongsi berita kehamilan anak keempat hanya diketahui semasa berada di sana.

Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Binti Zulyadaini, 28, yang melahirkan cahaya mata keempatnya itu pada 29 Julai 2022.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah Nur Aisywara Nealofa sihat di Awal Muharram ini. Awal Muharram hari yg penting dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah.

"Di Kota Makkah lah Nur Aisywara Nealofa hadir dekat rahim mama. Test dekat Malaysia dia tidak naik dua line. Duduk sana dalam dua minggu test naik (positif). Rezeki Ya ALLAH surprise kat sana,” titip Bellaz.

Iklan

Baca juga: Pengantin"dianiaya" mak andam, MUA Bellaz tampil taja solekan dan baju pengantin

Baca juga: Khairul Aming, MUA Bellaz sumbang puluhan ribu, hasil jualan produk pada tabung Palestin

Iklan

Baca juga: Pakai inai semasa hamil, bersalin cetus timbul tanya, ini yang perlu ibu tahu

Biarpun menyambut kelahiran anak keempat, suami Bellaz, Anuar Muhammad, 31, tetap setia menemani isteri ketika bersalin. Malah beliau turut memberikan kejutan buat Bellaz.

"Hilang sakit sikit tengok Anuar buat suprise seperti ini. Simple tapi nampak ikhlas. Sweet walaupun anak nombor empat.

"Thank you, love you. Jangan beli jiwa nak tambah sudahlah. Sudah tengok kan pengorbanan isteri lahirkan anak semalam macam mana, pakat teriak (menangis) habis awak dan saya,” titip Bellaz.

Baca juga: Sikap semberono orang lain, bayi jatuh sakit, 7 perkara ibu bapa perlu peka

Baca juga: Ibu cerita pengalaman bersalin bayi 5.6 kilogram, terlalu besar, perlu disambut 2 orang

Rata-rata warga maya memuji kecomelan anak keempat Bellaz itu, terutama sekali bahagian pipi yang merah dan bentuk kening.

-"Selalu lukis kening, menurun dekat anak elok je. Sebiji muka suami MUA Bellaz.”

-"Masya-ALLAH, comelnya baby akak.”

-"Beranak ramai pun tak apa semua ikut emak bapak elok.”

-"Masya-ALLAH, macam anak patung.”

Wanita kacukan Melayu-Turki itu turut mendoakan pasangan yang menantikan kehadiran dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.

Sebelum ini, Bellaz dan suami dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Iris Arisya, Mohd Airil Mikhail dan Aisy Ean Yusuf.

Baca juga: Tarikh jangka sudah lepas belum bersalin lagi, ibu hamil"overdue" lebih 42 minggu ini puncanya

Sumber: MUA Bellaz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburka