IBU ini tidak menyangka anak keduanya mempunyai saiz badan yang agar besar, seberat kira-kira 5.69 kilogram (kg). Oleh kerana saiznya yang luar biasa, tubuh si kecil itu perlu disambut oleh dua orang!

Walaupun ibu berkenaan Amy Smit, 27, dari Cheddington, Buckinghamshire, England disahkan doktor perlu bersalin menerusi pembedahan Caesarean kerana saiz bayi yang besar, dia tidak pernah membayangkan permata hatinya sebesar  itu.

“Kami tahu dia akan menjadi bayi yang tinggi, kerana semua imbasan menunjukkan dia agak panjang kerana saya dan bapanya (Zac) mempunyai ketinggian enam kaki. Tetapi kami langsung tidak menjangka anak kedua kami akan menjadi sebesar itu,” kata Smit kepada The Sun.

Baca juga: Ingat sembelit, wanita tak sedar hamil bersalin di tandas, hampir ‘flush’ bayi sendiri

Baca juga: Bersalin di sempadan India-Pakistan, pasangan suami isteri namakan anak ‘Border’

Zagrys dan kakaknya, Lola (Kredit foto: The Sun UK)

Saiz si comel Zagrys yang sepanjang 60.96 sentimeter (cm) melebihi jangkaan doktor hingga memerlukan dua orang untuk menariknya keluar semasa pembedahan.

Difahamkan, Zagrys tidak muat alat penimbang bayi baru lahir kerana mempunyai ukuran tubuh luar biasa berbanding bayi normal. Malah si kecil itu juga tidak muat pakaian bayi baru lahir yang dibeli.

“Saya terpaksa  meminta Zac keluar untuk membeli pakaian enam bulan untuknya,” tambah Smit.

Baca juga: Bayi 40 hari kembung perut mengejutkan kandungi janin

Baca juga: Sikap semberono orang lain, bayi jatuh sakit, 7 perkara ibu bapa perlu peka

Smit bersama pasangannya, Zac (Kredit foto: The Sun) UK

Sebelum Zagrys dilahirkan, pasangan itu menjangkakan saiznya mungkin sama dengan anak pertama mereka, Lola yang seberat 4.13 kg ketika dilahirkan pada September 2018.

Bagaimanapun, Smit berkata dia mempunyai simptom yang berbeza secara semasa kedua-dua kehamilannya.

Semasa kehamilan pertama, wanita itu gemar makan sepanjang hari. Namun berbeza keadaannya apabila mengandungkan Zagrys semasa pandemik.

Baca juga: Paling subur, wanita miliki 44 anak pada usia 36 tahun berhenti hamil

Kredit foto: The Sun UK

“Ketika hamilkan Zeik (nama timangan Zagrys) saya langsung tidak berselera. Saya terfikir, bayangkan betapa besarnya dia jika saya makan banyak ketika itu,” katanya.

Ketika berusia dua bulan kemudian, Zagrys mencapai berat 6.9 kg.

“Zac mempunyai darah Afrika Selatan dan sangat meminati sukan ragb. Saiz Zeik yang besar menyebabkan Zac memanggilnya pemain ragbi kecil,” tutur Smit tentang bayinya.

Iklan

Baca juga: Ibu hamil punyai tekanan darah tinggi, diabetes lebih mudah diserang strok

Kredit foto: The Sun UK

Baca juga: Ibu manjakan anak dengan kemewahan, hisap puting emas, mandi susu dan madu

Walaupun Zeik sudah cukup besar, dia masih tidak dapat merebut tahta bayi terbesar di UK yang diberikan kepada George Joseph King. King yang dilahirkan pada Februari 2013 di Gloucester Royal Infirmary, dengan berat 7 kg.

Guinness World Record merekodkan bayi paling besar semasa lahir ialah seberat 22 paun, 8 auns (10.2 kg). Bayi berkenaan dilahirkan di Aversa, Itali pada tahun 1955.

Menurut Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, wanita yang mengalami diabetes yang tidak terkawal semasa hamil berisiko melahirkan bayi melebihi 4 kg.

Iklan

Sumber: The Sun, Info Sihat KKM

Baca juga: Tenanglah duhai ibu dan bayi- Ustazah Asma kongsi amalan bila diuji kesempitan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan