USAI tadika atau prasekolah, si manja bakal melangkah ke sekolah rendah. Bagi yang sudah memohon kemasukan Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2023/2024 bermula 1 Mac 2022, kini ibu-ibu boleh membuat semakan penempatan.
Bagi ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak dilahirkan pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017 dan telah membuat permohonan menerusi Sistem Pengurusan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, semakan permohonan kemasukan Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 boleh dibuat mulai 1 Ogos.
Baca juga: [VIDEO] Istimewa kanak-kanak lahir 1 Januari, perlu daftar sekolah setahun lebih awal
Baca juga: Anak bakal masuk Tahun 1 tapi masih belum pandai baca, ini mak ayah perlu lakukan
Pengesahan penempatan boleh dibuat oleh ibu bapa dengan hadir ke sekolah atau menerusi dalam talian di pautan https://public.moe.gov.my/
RAYUAN SEKOLAH TAHUN 1
Bagi yang ingin membuat permohonan rayuan berikut langkah yang perlu dilakukan;
1-Anda perlu membuat pengesahan penempatan terlebih dahulu di bahagian ‘Sekolah Ditempatkan’
2-Selepas pengesahan penempatan dibuat, butang RAYUAN akan terpapar seperti gambar di bawah.
3-Klik pada butang RAYUAN dan isikan maklumat rayuan permohonan sekolah seperti di bawah.
4-Setelah maklumat lengkap, klik butang HANTAR dan mesej berikut seperti di bawah akan terpapar.
5-Klik butang KEMBALI.
6-Paparan Semakan utama akan dipaparkan seperti berikut.
Baca juga: Capai umur 18 tahun tukar akaun dewasa, TH beku akaun anak lebih usia
[caption id="attachment_88543" width="800"] Kredit foto: Bernama[/caption]
LANGKAH PEMBATALAN PERMOHONAN RAYUAN SEKOLAH
1-Klik butang ‘RAYUAN’
2-Paparan seperti di bawah akan dilihat, klik butang batal.
3-Mesej di bawah akan dipaparkan dan klik butang kembali untuk pergi ke paparan Semakan Utama.
4-Paparan Semakan Utama.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lanjut berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing. (https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0)
Baca juga: Waspada, kanak-kanak 10 tahun kini sudah derita diabetes angkara obesiti
Semoga bermanfaat!
Sumber: public.moe.gov.my
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.