Demam selesema biasa, influenza, denggi, ini tanda yang membezakan. Wanita wajib tahu

Iklan
Hati-hati, 5 penyakit ini bermula daripada demam

DEMAM bukan penyakit, tetapi ia gejala masalah kesihatan. Individu mengalami demam sekiranya suhu badan meningkat di atas purata normal.

Peningkatan suhu badan ini adalah pertahanan terhadap jangkitan yang menyerang badan.

Iklan
Iklan

Pada orang dewasa, dikatakan mengalami demam jika terdapat peningkatan suhu di atas 38 darjah (diukur melalui mulut), atau di atas 38.3 darjah (diukur melalui dubur atau telinga).

Manakala pada kanak-kanak dan bayi, jika suhu mencapai >38 darjah pada pengukuran melalui dubur.

Iklan

Sejak kebelakangan ini kita dapati ramai orang yang demam, sakit tekak, batuk dan juga selsema.

Bercakap perihal ini memang kita harus berjaga-jaga kerana mungkin juga ia adalah jangkitan Covid-19.

Iklan

Namun jika ujian dapati negatif Covid-19, apakah pula jenis demam yang anda hadapi?

Akhir-akhir ini juga didapati semakin banyak jangkitan demam influenza yang bukan hanya pada kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.

Simptom demam, sakit kepala, batuk, sakit tekak, hidung berair dan sakit-sakit badan ini adalah simptom demam biasa. Walau bagaimanapun mungkin itu juga petanda jangkitan influenza.

Kedua-dua jenis demam biasa dan influenza berlaku disebabkan oleh virus. Ini kerana virus merupakan agen penyebab penyakit tersebut.

Namun, menurut portal HelloDoktor, apa yang membezakannya ialah virus yang berlainan.

DEMAM BIASA

1 . Bagi demam selesema biasa, virus utamanya adalah Rhinovirus yang terdiri daripada tiga jenis utama A, B dan C.

2. Difahamkan terdapat kira-kira 160 subjenis yang diketahui boleh menjejaskan manusia.

3. Disebabkan jenis yang banyak, anda boleh mendapat jangkitan berulang kali.

Baca juga Demam panas tiba-tiba, simptom influenza, ini tindakan pantas perlu ibu ayah buat

DEMAM INFLUENZA

1. Manakala influenza atau juga dikenali dengan panggilan flu pula disebabkan oleh virus influenza.

2. Virus ini terdiri daripada jenis A, B, C dan D.

3. Virus A adalah agen utama dengan subjenis yang pelbagai mengikut dua jenis protein (H dan N) di permukaannya. Daripada dua protein ini, nama-nama subjenisnya diambil. Paling kerap ditemui adalah H1N1 dan H3N1.

CARA BEZAKAN JENIS DEMAM

Bagi, membezakan kedua-dua jenis demam biasa dan influenza adalah agak mustahil, melainkan dengan ujian makmal yang khusus.

Akan tetapi secara amnya, simptom influenza didapati lebih teruk dan berlaku secara tiba-tiba.

Ia berbeza dengan demam selesema biasa yang agak ringan dan datang secara beransur dan bukan mengejut.

Berikut merupakan beberapa perbezaan yang boleh anda perhatikan;

  • Demam kebiasaannya flu, terutamanya jika suhu tinggi sehingga 37.8°C-40°C.
  • Flu menyebabkan rasa letih sehingga berminggu-minggu.
  • Sakit tekak lebih kerap berlaku dalam selesema biasa.
  • Hidung berair juga biasanya berlaku dalam selesema biasa.
  • Mual, muntah dan cirit-birit adalah simptom flu.
  • Komplikasi seperti pneumonia lebih kerap berlaku dalam flu.

Namun diingatkan, anda perlu dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika mengalami sesak nafas, bibir dan kulit berwarna biru, muncul ruam dan penat hingga tidak mampu bangun.

Baca juga Selain Covid-19, kini penyakit influenza boleh ancam nyawa

KEMUNGKINAN DENGGI?

Anda juga tidak boleh ketepikan kemungkinan demam denggi. Simptomnya seperti demam, letih dan sakit sendi mungkin juga disebabkan oleh demam denggi.

Memandangkan kes denggi sangat tinggi di Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan bandar, doktor mungkin akan mengesyakinya dan membuat ujian darah untuk menyingkirkan kebarangkalian demam denggi.

Walau apa sekali penyakit yang mengjangkiti anda atau keluarga, teruskan amalkan gaya hidup sihat.

Pastikan juga kebersihan diri sentiasa terjaga sama ada di dalam mahu pun di luar rumah.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.