PILIH kerakyatan British untuk anak, doktor pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri menjadi bualan hangat warga maya.
Umum sedia maklum, Dr Amalina merupakan seorang pakar bedah kelahiran Malaysia yang berkhidmat dan menyambung pelajaran di United Kingdom (UK).
Baru-baru ini, nama beliau menjadi perbualan hangat selepas kenyataannya memilih status kewarganegaraan British kepada anaknya disalahertikan.
Susulan itu, difahamkan Dr Amalina menerima tohmahan dan kritikan segelintir warganet yang memandang serong terhadap kenyataan yang dimuat naik menerusi hantaran di Instagram Stories baru-baru ini.
Menyedari perkara terbabit menjadi satu isu, Dr Amalina dalam hantaran Instagram tampil menjelaskan maksud jawapannya itu.
Tegas Dr Amalina, sudah tentu dia menyukai sekiranya anaknya memilih kewarganegaraan Malaysia, namun ada beberapa kekangan yang menghalangnya untuk bersalin di tanah air.
"Anda mungkin sedia maklum, sekiranya wanita Malaysia yang berkahwin dengan lelaki bukan warganegara Malaysia, yang bersalin di luar Malaysia, anak mereka tidak dibenarkan untuk diberikan kewarganegaraan Malaysia secara automatik.
"Sudah tentu saya ingin anak-anak saya menjadi rakyat Malaysia, tetapi suami saya adalah warga British dan kami bekerja dan menetap di United Kingdom (UK).
"Disebabkan komitmen saya di sini, saya tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin. Saya kini sedang sarat hamil (trimester tiga) dan masih bekerja. Mengambil penerbangan jarak jauh dan cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk kami dan bayi.
'Ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami sekeluarga dan ini pilihan kami," jelasnya.
Baca juga SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.