SIAPA tidak mengenali Dr Amalina Bakri, pencapaiannya di dalam bidang akademik amat mengagumkan.

Terbaru, wanita kelahiran Malaysia itu menerima anugerah di Britain.

UK Women of the Future Award 2021 dianugerahkan kepada Dr Amalina Che Bakri dalam kategori profesion perubatan.

Wanita kelahiran Kota Bharu Kelantan dan dibesarkan di Batu Pahat Johor itu adalah antara 25 wanita di Britain yang merangkul anugerah berkenaan.

“Saya amat berbesar hati menerima anugerah ‘Highly Comended’ dalam kategori profesion di UK Women of the Future Award 2021.

“Saya berasa rendah diri kerana dikelilingi wanita muda di Britain yang menerajui pelbagai bidang iaitu perubatan, undang-undang teknologi, STEM, sukan dan banyak lagi.

“Tahniah kepada finalis dan pemenang yang lain, anda adalah wira-wira!” kongsinya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Penghargaan itu mendapat perhatian warga maya yang turut mengucapkan sekalung tahniah kepada Dr. Amalina.

Iklan

Dr Amalina, 34 ialah pakar bedah Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di UK.

Beliau mula dikenali selepas memperoleh keputusan cemerlang 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2004.

Iklan

Baca juga: Wow! Dr Amalina selebriti kedua muncul dalam Vogue Britain. Bukan calang-calang orang ya…

Baca juga: Dr Amalina  seru wanita jangan lemah, yakin diri sendiri

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Instagram @dramalinabakri