Doakan Ainul Mardhiah, diserang sawan berulang kali, hanya bola mata digerakkan

Iklan
Doakan Ainul Mardhiah, diserang sawan berulang kali, hanya bola mata digerakkan

"DOAKAN Ainul. Ainul agak 'teruk' hari ni lepas diserang sawan berulang kali semalam. Ini kali pertama Ainul kena sawan. Dan ia berlaku empat, lima kali dalam tempoh tak sampai 12 jam."

Begitu perkongsian Ahmad Safiuddin Abdul Razak menerusi Facebooknya sebentar tadi menceritakan perkembangan terkini anak sulungnya Ainul Mardhiah.

Iklan
Iklan

Ainul menjadi perhatian ramai sejak tahun 2019. Perjuangannya setelah disahkan mengalami ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’ diikuti rakyat Malaysia.

Baru-baru ini kanak-kanak tiga tahun itu disahkan mengalami jangkitan kuman sehingga dimasukkan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Iklan

Dua hari lalu, anak pertama kepada pasangan Nurul Erwani Zaidi dan Ahmad Safiuddin itu dikhabarkan beransur baik.

Pun begitu, hari ini bapanya berkongsi perkembangan baru Ainul di samping memohon doa orang ramai apabila si kecil itu dalam keadaan tidak stabil.

Iklan

"Ainul nampak sangat berbeza sekarang. Ainul pernah banyak kali jatuh sakit sebelum ini, tapi saya nampak dia masih bertenaga untuk melawan walaupun diberi ubat tidur.

"Hari ini, walaupun tanpa ada sebarang ubat tidur, keadaan Ainul sekarang seperti ditidurkan. Hanya bola mata saja Ainul mampu gerakkan. Badannya kaku.

"Saya menangis semahunya sejak serangan berlaku tengah malam tadi. Saya tak dapat nak gambarkan apa yang saya rasa sekarang. Saya sangat sayang dengan Ainul. Saya redha," coretnya.

Artikel berkaitan: Ainul Mardhiah tidak lagi kritikal, namun masih di ICU, guna ventilator

[caption id="attachment_87328" width="800"] Keadaan Ainul pada tahun 2020 (kiri) manakala gambar kanan ialah yan terkini[/caption]

Dalam pada itu, buat masa ini, bapa kepada dua cahaya mata itu juga berharap moga ada keajaiban dari ALLAH untuk Ainul.

"Doktor masih berusaha merawatnya. Kita semua sudah mendoakan yang terbaik untuknya. Sekarang tiba masanya saya serahkan urusan ini kepada yang Hak untuk menentukan.

Baca juga Terlalu tenat kerana jangkitan, Ainul Mardhiah kritikal di ICU

"Jauh di sudut hati, saya masih berharap keajaiban dari ALLAH SWT. Semoga ALLAH SWT izinkan Ainul kuat dan dipanjangkan usianya supaya saya dan keluarga masih dapat menjaga dan membesarkannya di depan mata.

"Tapi apa lah daya saya. Saya tidak tahu manakala DIA tahu segalanya. Doakan untuk Ainul Mardhiah kami," mohonnya.

Sementara itu ibu Ainul, Nurul Erwani menerusi Insta Story, berkongsi kata-kata"Dan aku menyerahkan urusanku kepada ALLAH".

Sumber: FB Ahmad Safiuddin Abdul RazakInstagram Nurul Erwani Zaidi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.