AINUL Mardhiah perhatian ramai sejak tahun 2019. Disahkan mengalami jangkitan kuman baru-baru ini, Ainul dikhabarkan tidak lagi kritikal namun masih mengguna ventilator di ICU.

Kanak-kanak tiga tahun itu perhatian ramai sejak tahun 2019. Perjuangannya setelah disahkan mengalami ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’ diikuti rakyat Malaysia.

Baca juga: Terlalu tenat kerana jangkitan, Ainul Mardhiah kritikal di ICU

Menunjukkan perkembangan positif sejak menjalani pembedahan, negara baru-baru ini dikejutkan dengan berita Ainul Mardhiah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan organnya dijangkiti kuman.

Dalam perkembangan terbaru, anak pertama kepada pasangan Ahmad Safiuddin Abdul Razak dan Nurul Erwani Zaidi itu dikhabarkan beransur baik.

Baca juga: “Tolong jangan percaya”, ibu kecewa “scammer” ambil kesempatan, nafi buka tabung sumbangan untuk Ainul

Baca juga: Ainul Mardhiah genap 3 tahun, makin bijak, sudah pandai hafal rutin harian

Keluarga Ainul Mardhiah terdiri daripada bapanya, Ahmad Safiuddin, ibu, Nurul Erwani dan adik, Umar

Bapanya menerusi hantaran di Facebook berkongsi perkembangan baru Ainul Mardhiah di samping menitipkan kesyukuran apabila si kecil itu tidak lagi di dalam fasa kritikal.

Pun begitu, Ainul Mardhiah difahamkan masih perlu dirawat di ICU disamping masih menerima ubat ‘rehat’ dan disokong alat bantuan pernafasan ventilator.

“Keseluruhannya, Ainul Mardhiah lebih baik dari semalam. Dia masih kuat melawan.

“Terima kasih buat para doktor yang merawat Ainul kerana berjaya selamatkan Ainul daripada zon kritikal. Terima kasih kakak-kakak misi yang menjaga Ainul dengan penuh kasih sayang. Terima kasih semua rakyat Malaysia yang ambil berat tentang Ainul dan sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya,” titip Ahmad Safiuddin.

Baca juga: Ketawa, senyum pipi kanan Ainul Mardhiah tidak bergerak. Bapa kongsi kesan pembedahan di UK

AINUL
Pakar Bedah Plastik Pediatrik dan Craniofacial, Dr Juling Ong bersama keluarganya meluangkan masa mengunjungi Ainul Mardhiah ketika pulang ke Malaysia pada tahun 2020

Bapa kepada dua cahaya mata itu menzahirkan penghargaan buat rakyat Malaysia yang berbuat baik dan mendoakan.

“Tiada daya saya dan ahli keluarga untuk membalas jasa baik rakyat Malaysia yang berbuat baik kepada kami. Hanya mampu kami titipkan doa buat anda semua supaya ALLAH berikan segala kebaikan yang ada di muka bumi ini kepada anda dan seluruh ahli keluarga,” tulisnya Ahmad Saifuddin yang turut berharap Ainul Mardhiah sembuh daripada serangan kuman itu tanpa sebarang komplikasi.

Ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani menerusi Insta Story memberi perkhabaran anaknya itu semakin sihat dam pulih seperti sedia kala.

Baca juga: Pipi kiri, kanan makin sama, ibu syukur Ainul Mardhiah tidak perlu bedah betulkan urat tisu

Iklan

“Kakak Ainul cepat sihat ya. Kakak Ainul kan suka warna-warna, lukis-lukis. Nanti kita nak celebrate birthday kakak Ainul sama-sama 13 Ogos ini.

“Kakak Ainul nak masuk 4 tahun dah. Dah besar anak mama ni. Kakak Ainul lawan tau virus jahat yang ada dalam badan kakak Ainul tu. Kuat okay!” titipnya.

Warga maya rata-rata mendoakan anak kecil itu cepat sembuh.

– “Semoga diberikan kesembuhan buat kesayangan semua Ainul Mardhiah.”

– “Eh birthday sama dengan auntu lah Ainul. Moga Ainul kuat, kami semua doa untuk Ainul.”

Iklan

– “Cepat sembuh sayang, Ainul kuat! Ainul boleh!”

– “Ya ALLAH berikan Ainul kekuatan melawan penyakit yang ada di dalam badannya, aamiin.”

Sebelum ini, Ainul Mardhiah tenat dan kritikal di wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik selepas mengalami simptom muntah kerap, cirit-birit hingga tidak bermaya.

Baca juga:

Sumber: FB Ahmad Safiuddin Abdul Razak, Instagram Nurul Erwani Zaidi