“MOHON doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni,” titip ibu kepada Ainul Mardhiah Safiuddin , 3, yang kini dikatakan tenat dan kritikal di wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik.

Ainul Mardhiah Safiuddin sebelum ini menghidap ‘Germ Cell Tumour’ hingga mendapat perhatian negara.

Ibunya, Nurul Erwani Zaidi berkongsi si kecil yang bakal menginjak ke usia empat tahun 13 Ogos depan kini sedang tenat melawan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Nurul Erwani menerusi laman sosial Instagram berkongsi sekeping foto memaparkan si kecil itu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Baca juga: Pipi kiri, kanan makin sama, ibu syukur Ainul Mardhiah tidak perlu bedah betulkan urat tisu

 

Baca juga: Ainul Mardhiah genap 3 tahun, makin bijak, sudah pandai hafal rutin harian

“Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ini agak kritikal dan tenat.

“Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama. Mama tak minta banyak, mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah jadi lagi kuat melawan penyakit ni,” titip Nurul Erwani.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

Menurutnya, Ainul mengalami simpton muntah kerap dan cirit-birit dalam tempoh sehari. Namun keesokannya keadaan menjadi lebih membimbangkan.

“Hari kedua mama tengok Ainul sudah tak bermaya sangat. Sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ni.

“Terus bawa ke bahagian kecemasan. Doktor buat prosedur dan beritahu rupanya Ainul terlalu tenat sebab infection dah ada dekat semua tempat,” tulis Nurul Erwani.

Baca juga: “Jika keputusan bawa Ainul ke UK, guris hati ramai, saya minta maa” – Bapa Ainul Mardhiah

Baca juga: Demam panas tiba-tiba, simptom influenza, ini tindakan pantas perlu ibu ayah buat

Keluarga Ainul Mardhiah terdiri daripada bapanya, Ahmad Safiuddin, ibu, Nurul Erwani dan adik, Umar

Baca juga: “Well done Ainul, cium sikit”- Dr Amalina

Turut berkongsi video Ainul di dalam ambulans, Nurul Erwani turut berpesan kepada ibu bapa lain agar berhati-hati kerana katanya virus berbahaya kini ada di mana-mana.

“Ingat ya semua, sekarang virus dah dekat mana-mana. Walaupun Ainul duduk rumah sahaja, jaga kebersihan pun kalau hendak jadi, memang akan jadi. Virus ini jahat betul kacau anak mama sampai jadi macam ni. Ainul tidur dulu ya sayang, nanti Ainul dah bangun kita main sama-sama lagi,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

Dalam pada itu, Dr Amalina Bakri turut membuat ciapan di Twitter menitipkan doa buat si kecil itu.

“Baru sahaja mendapat khabar berita daripada ibu Ainul. Ya ALLAH, marilah kita sama-sama doakan untuk Adik Ainul. Semoga cepat sembuh.

“Ainul sayang, you have done it many times before, you can do it again! Keep fighting sayang! Insya-ALLAH,” ciapnya.

Baca juga: Ainul Mardhiah dah pandai panggil mama

Iklan

Warga maya turut mendoakan doa agar Ainul Mardhiah sembuh segera.

-“Ya ALLAH, semoga Ainul diberikan kesembuhan. Lindunginya dari segala penyakit berbahaya. Aunty doakan ainul cepat sembuh. Mama pun stay strong tau.”

-“Semoga ALLAH beriman kesembuhan syifa buat Ainul Mardhiah.”

-“Semoga kembali sihat dan diangkat pergi segala penyakit buat adik Ainul.”

-“Kuat ya mama Ainul kami semua mendoakan Ainul cepat sembuh, aamiin.”

-“Allahuakbar Ainul,. awak kena kuat ya comel! Aunty yakin Ainul boleh fight virus jahat itu, Insya-ALLAH. Ramai yang mendoakan Ainul, hendak tengok Ainul sihat dapat bermain dengan adik.”

Baca juga: “Setahun lapan bulan kami tunggu suara Ainul”- Mama, walid

Iklan

Sebelum ini, Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di London, United Kingdom pada 10 Jun 2019 selepas bertarung nyawa selama lima jam bagi membuang ketumbuhan.

Ketumbuhan pada mulutnya mula membesar sejak dilahirkan dan dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Baca juga: [VIDEO]Pernah menderita kanser mulut, adik Ainul Mardhiah kini sudah laju berjalan

SinarPlus mendoakan agar Ainul Mardhiah sembuh segera.

Sumber dan kredit foto: Instagram _nrlerwani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan