Jangan sembarangan guna ubat titis mata, ini jenis, fungsi wanita kena tahu

Iklan
Jangan sembarangan guna ubat titis mata, ini jenis, fungsi wanita kena tahu

JANGAN ambil mudah dalam perkara yang melibatkan kesihatan diri. Tidak kiralah kesihatan luaran mahupun dalaman.

Mata merupakan organ kompleks yang cukup besar maknanya kepada kita.

Iklan
Iklan

Sejak berzaman, kita mendengar orang menyebut kata indah berbunyi 'dari mata turun ke hati'.

Walaupun mata cukup penting, namun ramai yang terlupa beberapa perkara sensitif berkait mata termasuklah aspek penjagaannya.

Iklan

Kebanyakan individu jika mengalami simptom seperti berair, merah, letih, kabur dan sebagainya akan mengambil jalan mudah dengan membeli ubat titis mata yang dijual di pasaran.

Namun tahukah anda, kesilapan memilih ubat titis mata boleh menimbulkan komplikasi?

Iklan

Menurut pengamal perubatan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Great Life Physio and Rehabilitation, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, terdapat ubat titis mata yang menyebabkan komplikasi jika digunakan terlalu lama, antaranya ulser mata, kerengsaan, buta dan sebagainya. Ada juga yang tidak sesuai untuk penghidap penyakit kronik.

"Ubat titis mata yang berada di pasaran ada bermacam-macam jenis, dan setiap jenis itu ada kegunaan yang tertentu. Maka kalau beli jenis yang salah, maka ia tidak berkesan," kongsinya di Facebook.

Justeru itu, adalah sangat penting untuk orang ramai mengetahui jenis-jenis ubat titis yang ada di pasaran;

1. Pelembab/Pelincir (Moisturizer/ Lubricants)

Digunakan apabila mata menjadi kering atau rengsa akibat cuaca, penuaan, pengunaan kanta lekap, masuk habuk, dsb. Bahan aktif: Hypromellose, propylene glycol, etc.

2. Anti-alahan (Anti-inflammatory)

Digunakan apabila mata menjadi gatal, merah dan bengkak akibat terdedah kepada sesuatu yang menyebabkan alahan. Bahan aktif: Ketotifen, dexamethasone, etc.

Baca juga [VIDEO] Bibir wanita ini jadi seperti Kylie Jenner selepas alergi ayam. Kenali 7 gejala alahan

3. Anti-Merah Mata (Decongestant)

Digunakan untuk menghilangkan gejala mata merah, tetapi tidak merawat puncanya. Sejenis pengecil salur darah (vasoconstrictor). Bahan aktif: Tetryzoline, naphazoline, etc.

4. Antibiotik dan antikulat

Digunakan untuk menghapuskan bakteria atau kulat yang menjangkiti mata. Ia perlu digunakan ikut tempoh yang disyorkan. Bahan aktif: Neomycin, chloramphenicol, etc.

5. Kombinasi

Ubat titis yang menggabungkan dua atau lebih bahan aktif dari kumpulan berlainan, contohnya antibiotik dan anti-alahan. Bahan aktif: Dexmethasone + neomycin, etc.

Selain itu, terdapat juga ubat titis yang diberi oleh doktor untuk tujuan atau penyakit spesifik, contohnya;

6. Anti-glaucoma

Digunakan untuk megurangkan penghasilan cecair di dalam bebola mata untuk mengurangkan tekanan di dalamnya. Bahan aktif: Latanoprost, timolol, etc.

Baca juga ‘Mata panda’ jejas keayuan wajah wanita. Ketahui 5 rahsia untuk atasinya

7. Midriatik

Digunakan untuk mengembangkan bukaan anak mata secara sementara, supaya pemeriksaan mata mudah dijalankan. Bahan aktif: Tropicamide, atropine, etc

Oleh itu, pemilihan ubat titis yang betul amatlah penting.

Disarankan, jika ada keraguan atau ketidakpastian, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan dan pengesyoran ubat.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.