[VIDEO] Bibir wanita ini jadi seperti Kylie Jenner selepas alergi ayam. Kenali 7 gejala alahan
TIDAK semua orang boleh sewenang-wenangnya menikmati apa jua juadah kerana ada sesetengahnya yang alergi terhadap makanan mahupun ubatan.
Hal itu berlaku disebabkan tubuh badan manusia mula mengesan alergen (protein yang menyebabkan alahan).
Selepas itu, sistem imun mula bertindak balas secara berlebihan lalu mengakibatkan masalah alahan muncul.
Bagi golongan yang menghidap masalah itu, mereka seakan-akan tidak mempunyai kebebasan menikmati apa jua juadah.
Masakan tidak, jika tersalah langkah boleh merisikokan diri sendiri.
Menurut laman perubatan Medical News Today, alergi merupakan penyakit biasa yang dialami oleh manusia, bahkan lebih 50 juta orang rakyat Amerika Syarikat alami perkara itu dalam tempoh setahun.
@najaanazizwho needs lip filler when you have chicken allergy ?♬ original sound - Najaa
Pun begitu, seorang wanita turut berkongsi momen dirinya yang berhadapan dengan alahan menerusi laman sosial, TikTok miliknya @najaa.
Menerusi rakaman berdurasi 12 saat itu, wanita itu menunjukkan bengkak yang berlaku pada bahagian bibirnya.
Difahamkan, sehari sebelum kejadian, beliau tersalah makan makanan yang mengandungi ayam.
Najaa menjelaskan, alahan berlaku jika ayam yang dimakan itu jenis disuntik dan tidak segar!
Baca juga: Wanita bertudung alami masalah rambut? Berikut 13 tip penjagaannya
SinarPlus kemudian menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya sengaja mengusiknya dengan berkata, bibirnya saling tidak tumpah dengan bibir milik Kylie Jenner pada saat dia mengalami alergi.
Bagi kalian yang tidak tahu sama ada tubuh mempunyai alahan atau tidak, berikut adalah tanda-tanda yang disenaraikan oleh My Health. Ini yang kita semua perlu tahu:
1. Angioedema (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata).
2. Kesukaran untuk bernafas.
3. Ruam pada kulit sehingga timbul rasa gatal dan tompok-tompok merah (urticaria).
4. Rasa loya, muntah dan cirit-birit.
5. Rasa sakit perut yang memulas.
6. Colic (sakit perut) dalam kalangan bayi.
7. Anafilaksis iaitu reaksi teruk seperti kesukaran bernafas, bengkak dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah dan kejutan.
Haa.. kalau kalian berhadapan gejala-gejala yang dinyatakan itu, cepat-cepat dapatkan rawatan di klinik yang berhampiran.
Jangan dibiarkan lama-lama, risau nanti melarat, lagi bahaya untuk kesihatan dan keselamatan diri.
Baca juga: ‘Mata panda’ jejas keayuan wajah wanita. Ketahui 5 rahsia untuk atasinya
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang