IBU adalah insan yang tidak jemu melayani kerenah anak-anak dari kecil hinggalah dewasa.
Telatah anak menghiburkan dan mencuit hati. Seperti yang dialami ibu yang merupakan pengguna TikTok, @Zatyaf yang berkongsi kenangan yang tidak dapat dilupakannya apabila si kecil bermain dengan tepung gandum yang di simpan di dapur.
Baca juga: Kanak-kanak pun ada migrain? Ini 7 cara paling baik bantu si kecil atasi penyakit ini
baca juga: Kanak-kanak perempuan genius seni jadi guru cilik di sekolah, kumpul lebih 800 piala juara
"Kenangan tidak akan dilupakan. Apabila mama keluar check up baby, papa kerja malam beginilah jadinya
"Bersabarlah duhai yang bergelar ibu,” titipnya.
Menerusi video yang dikongsikan, dua anak perempuan wanita itu dipercayai menabur tepung di sekitar ruang dalaman rumah termasuk ruang dapur.
Baca juga: Pilunya, bayi 8 bulan ditemui kebuluran, setia di sisi jasad ibu tidak bernyawa 2 hari
Baca juga: Ibu cuba sup telur ringkas ini, anak-anak pasti terpikat
Sengaja ingin mengetahui reaksi si anak, ibu berkenaan sempat bertanya sama ada mereka menyayanginya atau tidak.
"Lailahaillallah adik, kakak. Apa korang buat ni. Kakak tak sayang mama ke?" tanya si ibu.
"Sayang mama," jawab si kecil dengan tulus memberitahu telah membuka bungkusan tepung berkenaan menggunakan pensel.
Rata-rata warga maya terhibur dengan gelagat si kecil dan cuba menyelami hati ibu berkenaan.
-"Kenangan terindah buat semua yang bergelar ibu dan bapa. Nanti apabila anak sudah besar mesti rindukan keadaan ini."
-"Hahaha kak, proses pembelajaran budak. Saya pun pernah kena, 'snow' satu rumah.
-"Allahu emaknya sabar ya. Saya dahulu anak tuang separuh paket pun suara jerit setaman."
-"Tak mengapa kak, kenangan tu. Saya dahulu masa kecik main minyak masak, habis dapur berminyak. Sampai sekarang ibu dan famili saya selalu 'bahan' saya."
-"Mamanya penyabar betul."
-"Koyak tetap koyak, tapi itulah kenangan manis sebagai parents."
-"Percayalah kak, pasti kenangan ini paling bermakna bila kita sudah tua nanti. Rindu kenangan anak-anak sewaktu kecil."
Tidak kurang yang berjenaka mengatakan si kecil ingin mencipta kandungan seperti pempengaruh, Ryan Bakery yang sering tampil berbedak.
-"Nak buat content macam Ryan Bakery tu."
-"Pengaruh dgn Ryan Bakery mungkin."
Menerusi video lain, Zaty berkongsi anak-anaknya sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
"Semoga kakak dan adik membesar menjadi anak yang solehah. Doa mama dan papa sentiasa mengiringimu sayang.
"Marah ke, nak rotan ke tolak tepi dahulu. Alhamdulillah kedua-duanya mama dan papa sayang," titipnya.
MANFAAT 'MESSY PLAY'
[caption id="attachment_89164" width="800"] Kredit foto: Freepik (Lifestylememory)[/caption]
Menurut Apple Green Cottage, bermain tepung atau dipanggil 'messy play' baik untuk perkembangan sensori kanak-kanak dan bayi.
Si kecil hakikatnya memahami dunia dengan baik apabila mereka boleh menyentuh, melihat, menghidu, merasa dan mendengar apa sahaja yang ada di persekitaran mereka.
Antara kebaikan 'messy play' ialah seperti berikut;
-Ia adalah aktiviti yang menenangkan
-'Messy play' membantu membina sambungan saraf pada otak sekali gus menyokong perkembangan otak mereka
-Memupuk kreativiti
-Meningkatkan koordinasi tangan-mata
-Bagus untuk kemahiran motor halus
Sumber: TikTok @Zatyaf, Apple Green Cottage
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.