Nostalgia Pulut Panggang, Hanis Zalikha terkenang kepayahan ibu dan bapanya berniaga di tepi jalan

Hanis Zalikha
Hanis Zalikha
A
A
A

MELIHAT kepada gaya kehidupannya sekarang, siapa sangka selebriti popular, Hanis Zalikha dan keluarganya pernah melalui detik kepayahan mereka sendiri.

Mengimbau detik itu lalu, Hanis, 31, berkata, kedua ibu dan bapanya pernah menjual kuih dan nasi lemak di tepi jalan untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, isteri kepada Hairul Azreen dan ibu kepada dua orang cahaya mata itu mengakui kuih pulut panggang menjadi terlalu nostalgik buat dirinya kerana ia sering membawanya kepada memori tersebut.

“Pulut Panggang ni kuih yang terlalu nostalgik untuk saya. Kalau makan, terus akan dibawa ke zaman mama dan daddy berniaga tepi jalan, jual kuih dan nasi lemak.

“Mungkin sebab tak ada masa lain, mama akan buat pulut panggang ni. Sampai sekarang tak makan dah sebab memang mama dah tak buat.

“Cuma masa nak meniaga dulu tu saja dan mama buat memang sedap sungguh. Tapi yang ini (gambar) bukan mama buat,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Hanis turut mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapanya yang sanggup bersusah payah demi membesarkan dia dan adik-beradiknya yang lain.

“Terima kasih berusaha besarkan kami dalam kesempitan. Kami tak rasa kekurangan bila kenangkan kesusahan itu.

“Apa yang kami ingat cuma memori kita satu keluarga bahagia bersama,” luah Hanis.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Hanis memujinya yang tidak segan berkongsi kesusahan lalu meskipun kini sudah berjaya dan hidup senang. Ramai yang mengakui terharu dan terinspirasi dengan kisah tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca