PILUNYA, seorang bayi di Brazil ini terus setia berada di sisi ibunya yang tidak bernyawa, dipercayai meninggal dunia dua hari.

Ibu melahirkan bayi dan menjaga, sudah menjadi fitrah ikatan antara kedua-duanya terjalin erat secara fizikal dan emosi. Seorang bayi di Brazil ini melalui situasi memilukan apabila terus setia berada di sisi ibunya yang tidak bernyawa setelah maut dalam keadaan kebuluran.

The Mirror UK melaporkan bayi berkenaan ditemui kelaparan diselamatkan di katil bayi (baby cot) manakala jasad ibunya, seorang pendandan rambut, Sandra Maria de Sousa Silva, berada di sebelahnya selama dua hari.

Difahamkan ketika ditemui, bayi perempuan itu mengalami lebam pada badannya dan menunjukkan tanda-tanda dehidrasi serta kekurangan zat makanan.

Baca juga: Pakai inai semasa hamil, bersalin cetus timbul tanya, ini yang perlu ibu tahu

Baca juga: Botol susu boleh buat anak muntah, cirit, ibu muda wajib tahu ini

Kesan lebam turut ditemui pada paha bayi berkenaan

 

Baca juga: Bayi sebulan dirampas monyet liar ketika menyusu, maut di hadapan ibu

Keprihatinan jiran-jiran membantu menyelamatkan nyawa anak kecil itu.

Mereka mengupah seorang tukang kunci untuk memecah masuk ke dalam apartmen yang didiami Sandra selepas mendengar bayi itu menangis berterusan.

Menurut laporan polis, kematian Sandra disebabkan oleh kecederaan selepas diserang dengan senjata tajam susulan penemuan kesan luka pada muka dan kepala.

Bayi itu yang ditemui lesu dikejarkan ke hospital untuk diberikan rawatan perubatan.

Polis percaya kesan lebam pada badan bayi perempuan itu adalah hasil percubaan penyerang untuk mengeluarkannya dari katilnya.

Baca juga: Bayi pramatang ajaib ‘terkeluar’ dari rahim ibu maut dihempap lori, hidup, berikut kejadiannya

Dalam pada itu, Polis Brazil sedang mengesan teman lelaki Sandra bagi membantu siasatan. Lelaki itu yang kali terakhir dilihat pada 22 Julai adalah suspek utama kes.

Lelaki berbangsa Mexico itu bernama Davi Rodrigues atau nama sebenarnya Daniel Ospina Garcia dilihat jiran meninggalkan apartmen milik Sandra pada hari beliau dipercayai meninggal dunia.

Polis telah mendedahkan foto rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Garcia didakwa meninggalkan blok apartmen dengan sebuah beg.

Iklan

Menurut Yahoo News Australia, pembunuhan Sandra berlaku ketika perbicaraan lelaki Jerman yang didakwa membunuh bekas pasangannya dan anak lelaki mereka yang berusia empat tahun semata-mata untuk mengelak bayaran nafkah.

Baca juga: 278 janin bayi disumbat di dalam 4 tong dan dibuang ke dalam hutan. Ini kronologi kes mengejutkan

Sandra dipercayai meninggal dunia dua hari sebelum jasadnya ditemui jiran

Tertuduh berusia 25 tahun, bernama Anil G dikatakan telah menikam bekas teman wanitanya dan anak mereka sebelum menmbuang mayat mangsa di dalam sungai.

Pendakwa raya di Cologne, Jerman berkata, mangsa terdahulu mengadakan pertemuan dan meminta Anil wang untuk membantu membesarkan anak mereka.

Apakah motif pembunuhan Sandra? Adakah serupa dengan kes Anil G? Penderaan dan penganiayaan ke atas wanita dan kanak-kanak sentiasa berlaku. Memang jika dilihat, ada saja kes penderaan yang kadangkala tidak masuk akal dilakukan ke atas mereka.

Iklan

Wanita yang dulunya disayangi atas dasar cinta dikasari hingga diperlakukan sedemikian rupa. Anak juga mendapat layanan buruk. Diharapkan pembunuh Sandra ditemui segera.

Sumber: The Mirror UK

Baca juga: 18 tulang rusuk, dua kaki patah, kepala lebam digoncang, bayi 10 minggu maut angkara ibu sendiri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.