TAK dinafikan ramai wanita sekarang mengambil jalan mudah untuk menjaga bahagian peribadi dengan membeli sahaja pembersih wanita (feminine wash) yang ada di pasaran.
Selain kecantikan fizikan, penjagaan aspek kesihatan bahagian intim juga antara paling penting untuk wanita beri tumpuan.
Mamandangkan bahagian tersebut sangat sensitif, ia memerlukan penjagaan yang rapi supaya tidak mengundang masalah kesihatan yang lainnya.
Menurut Doktor Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat, setiap wanita mengalami keputihan. Namun jika ada antara mereka tidak mengalaminya, penggunaan cecair pembersih wanita yang mengandungi kimia atau herba adalah tidak perlu.
Malah, ujarnya, membersih dengan air biasa adalah sangat baik dan digalakkan. Air bersih biasa adalah kaedah paling selamat.
Baca juga Jarang berlaku, wanita hamil dua kembar lelaki dan dua kembar perempuan tanpa rawatan kesuburan
Menurut Dr Hamid, punca yang menyebabkan jangkitan kuman dalam peranakan terjadi pada wanita adalah;
1. Keputihan
Keputihan atau lelehan yang berbau dikawasan sekitar pintu faraj mudah mendapat jangkitan kuman.
2. Tidak menjaga kebersihan
Tidak menjaga kebersihan setelah membuang air kecil atau air besar. Bila keadaan haid tidak menjaga kebersihan sekitar faraj.
3. Imuniti rendah
Disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang, tidak cukup ambil vitaman. Disarankan makan vitamin C, makanan yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Minum juga air-air yang masam seperti jus lemon, jus kranberi yang boleh meningkatkan imuniti disamping membersihkan kawasan kemaluan.
4. Kegemukan
Orang mengalami kegemukan, gula meningkat juga buat pesakit kencing manis mudah mendapat jangkitan kuman pada peranakan.
5. Memakai Alat Dalam Rahim (IUD)
Wanita yang memakai IUD juga mudah mendapat jangkitan kuman pada peranakan.
Jadi, salah satu langkah bagi membersihkan faraj bagi mengelakkan jangkitan kuman adalah menerusi kaedah air grama (saline douching).
Bahan diperlukan;
- 1 gelas air suam
- 1 sudu garam halus
- Kapas
- Sarung tangan (glove)
- Cawan pakai buang
- Vaseline
Cara-Caranya;
1. Campurkan garam ke dalam air suam dan biarkan ia larut sebati.
2. Pakai sarung tangan, ambil kapas dan celupkan ke dalam larutan air garam tersebut. Masukkan kapas tersebut kedalam kemaluan dan keluarkan kapas tersebut.
3. Ambil kapas yang baru dan ulang langkah yang sama dalam empat hingga lima kali.
*Lakukan pada mandi petang, sekurang-kurangnya jika bersama dan melakukan hubungan intim pada waktu malam, kawasan kemaluan bersih daripada jangkitan kuman dan memudahkan ia hamil.
*Vaselin bertindak sebagai pelincir untuk jari, ketika masukkan dan keluarkan kapas yang direndam air garam tadi unutk bersihkan faraj. Amalan begini sangat baik untuk menjaga kebersihan, penggunaan air garam adalah natural, tiada bahan kimia dan sangat organik.
Semoga bermanfaat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburka.