Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

AGNESIA, jenama ulung yang dipercayai sejak zaman berzaman memperkenalkan inovasi terkininya iaitu Agnesia Natural Feminine Hygiene Wash iaitu produk pembersih wanita semula jadi.

Bahan-bahan yang digunakan terdiri daripada ekstrak herba yang membantu melindungi dan menjaga kebersihan kawasan intim wanita.

Penolong Pengurus Besar Apex Pharma Marketing Sdn Bhd, Ang Girl Bee berkata, inovasi baharu berkenaan mengandungi willow bark yang memberi perlindungan antibakteria di sekitar faraj.

“Ramai wanita terdedah kepada masalah faraj seperti bau yang menyebabkan ketidakselesaan dan boleh mempengaruhi rutin harian mereka. Oleh itu, sangat penting untuk memilih pembersih wanita yang betul. Agnesia Natural Feminine Hygiene Wash juga sesuai untuk digunakan setiap hari,” katanya.

Iklan

bedak

Ujar Girl Bee, produk berkenaan juga mengandungi bahan aktif seperti manjakani, kacip fatimah dan bunga sakura untuk membantu mencerahkan kulit secara semula jadi.

Iklan

Agnesia Natural Feminine Hygiene Wash berharga RM12.90 dan boleh didapati di Watsons termasuk semua farmasi utama seluruh negara. Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.agnesia.com.my.