Wanita hebat, Iman Asri terpilih Syahadah Ula al-Fateh, lulus semakan 30 juzuk dalam 17 jam, 5 info mengenainya

Iklan
4

WANITA hebat, demikian ungkapan sesuai diluahkan buat Iman Binti Mohd Asri yang terpilih sebagai Syahadah Ula al-Fateh.

Menghafal keseluruhan al-Quran ialah fardhu kifayah dan sunat ain iaitu sunat ke atas setiap Muslim. Tentu ramai yang mempunyai impian menguasai al-Quran.

Iklan
Iklan

Tidak hanya semata-mata menghafal 30 juzuk, aspek tajwid dan bacaan juga perlu diambil kira.

Baru-baru ini tular seorang wanita, Iman Mohd Asri, 24, terpilih untuk memegang Syahadah Ula al-Fateh ketika usia remajanya. Perkara tersebut dikongsikan Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin menerusi saluran Telegram beliau.

Iklan

Baca juga: Berkat hafal 30 juzuk al-Quran, calon SPM ini dapat 8A

Baca juga: Berkat bantu bapa menjual mi ayam, gadis ini berjaya hafaz 18 juzuk al-Quran

Iklan

"Sejak dahulu saya kenali beliau sebagai anak remaja yang hebat. Beliau adalah di antara beberapa orang di pemegang 'Syahadah Ula al-Fateh ketika remaja

"Beliau lulus dengan jayanya, semakan tahfiz 30 juzuk al Quran oleh empat orang pemeriksa dalam tempoh 17 jam,” titipnya.

LIMA INFO SYAHADAH ULA DALAM HAFAZAN AL-QURAN

1-Syahadah terdiri daripada tiga peringkat dan peringkat yang tertinggi adalah Syahadah Ula. Ia juga dikenali sebagai Syahadah Ulya.

2-Tiga peringkat Syahadah Ula iaitu Syahadah Thalisah yang mengambil masa tiga hari untuk khatam. satu hari diperlukan untuk menghabiskan bacaan 10 juzuk al-Quran.

3-Syahadah Thaniah pula memerlukan pelajar untuk membaca 15 juzuk sehari.

4-Selepas lulus Syahadah Thalisah dan Thaniah, kemudian barulah pelajar boleh menduduki Syahadah Ula.

5-Syahadah ula Al-Fateh diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria ini:

  • Pelajar akan disemak hafazan 30 juzuk al-Quran dalam masa sekitar 17 jam oleh 4 panel penguji.
  • Pelajar tidak memerlukan 10 pembetulan atau lebih dalam 30 juzuk semakan hafazan.
  • Pelajar tidak melakukan lebih daripada 10 kesilapan bagi setiap juzuk semakan hafazan.

Semoga kejayaan diperolehi wanita ini menjadi ikutan dan inspirasi buat wanita lain.

Baca juga: Hafal 30 Juzuk Dalam 9 Bulan 22 Hari, Pelajar MRSM Dedah Tip Khatam Pantas

Baca juga: Subhanallah, rupanya lebih 700,000 hadis dihafaz oleh Imam Ahmad ketika hayatnya

Faedah dan keistimewaan menghafaz al-Quran

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menghafaz al-Quran memberikan beberapa faedah dan keistimewaan bukan semata-mata di akhirat tapi di dunia. Antaranya ialah:

-Fikiran yang jernih.

-Kekuatan memori.

-Ketenangan dan kestabilan psikologi.

-Senang dan bahagia.

-Bebas daripada perasaan takut, cemas dan sedih.

-Mampu bercakap di khalayak awam.

-Mampu membina hubungan sosial yang lebih baik dan memperoleh kepercayaan orang lain.

-Memiliki kekuatan dan ketenangan psikologi.

Sumber: Prof Dr Zainul Rashid Mohd Razi , Jannah Asri, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan