Mira Filzah menangis lagi, anak lelaki positif Covid-19

Iklan
Mira Filzah menangis lagi, anak lelaki positif Covid-19

MIRA Filzah, pelakon jelita menangis lagi. Sebelum ini Mira Filzah menangis kerana merindui anak ketika 'oustation' ke Indonesia selama lima hari.

Terbaharu, Mira Filzah mendedahkan anak lelakinya, Wan Khair Amir yang berusia tiga bulan disahkan positif Covid-19, dua minggu lalu.

Iklan
Iklan

Menurut Mira, 29, dia tergerak hati untuk melakukan ujian saringan selepas melihat kondisi Amir yang sukar untuk bernafas.

Kata Pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH) itu, dia tidak sanggup melihat anak kecil menanggung kesakitan ketika dijolok hidung.

Iklan

"Saya tergerak hati untuk membuat ujian saringan ke atas Amir selepas melihat kesukarannya untuk bernafas dan matanya berair. Selalunya bayi yang masih kecil jarang berdepan dengan situasi sebegitu.

"Kebetulan sebelum ini keluarga saya turut disahkan positif Covid-19. Enggan mengambil risiko saya terus membuat pemeriksaan dan ternyata Amir juga positif Covid-19.

Iklan

"Sebagai ibu saya tak sanggup melihat keadaan Amir ketika menjalani ujian saringan. Kita yang dewasa pun rasa sakit bila hidung kita dijolok, inikan pula bayi berusia tiga bulan," katanya.

Baca juga Menangis rindu anak, Mira Filzah ke Indonesia 5 hari, pam dan simpan susu dalam ‘cooler box’

Biarpun diuji, pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman itu akur dengan takdir yang sudah tertulis.

Dalam pada itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu turut bersyukur apabila Amir tidak mengalami simptom yang teruk.

"Saya percaya kalau bukan sekarang mungkin pada masa akan datang Amir akan terkena juga jangkitan virus ini.

"Alhamdulillah Amir tidak mengalami simptom yang teruk dan hanya perlu menjalani kuarantin di rumah saja," ujarnya.

Baca juga Mat Kilau ; Dari filem ke alam maya

Mira Filzah dan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dinamakan Wan Khair Amir pada 10 Mei lalu di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.