MENANGIS merindui anak, setiap wanita pasti akan melalui pengalaman dan cabaran tersendiri apabila pertama kali terpaksa berjauhan dengan bayi selepas bersalin. Aktres Mira Filzah yang ‘outstation’ ke Indonesia baru-baru ini berkongsi cerita.

Perlu melunaskan tugas bersama salah satu jenama pakaian di Bali, Mira berjauhan dengan buah hatinya, Wan Khair Amir, 3 bulan selama lima hari.

Justeru, pelakon utama drama ‘Lelaki Kiriman Tuhan’ itu mengambil inisiatif memerah susu ibu dan menyimpan susu berkenaan di dalam kotak pendingin (cooler box) berisi ais.

“Ini pun kali pertama tinggalkan Amir untuk lima malam. Hari pertama sesi fotografi mata bengkak, sebab malam sebelum tu panggilan video Amir menangis. Hanya hari pertama sahaja, hari kedua dan seterusnya sudah okay sedikit. Hehe,” luah ibu muda itu.

Baca juga: Mira Filzah lahirkan anak sulung, kongsi tarikh lahir sama 9 Syawal

Baca juga: Wan Khair Amir jadi pilihan, Mira Filzah dan suami kongsi nama, wajah bayi sulung

Kata Mira, selepas ini beberapa tugasan ‘outstation’ perlu dilakukannya yang bermakna beliau akan terpisah sementara waktu dengan Wan Khair Amir.

“Lepas ini ada lagi beberapa kali outstation. Lagi jauh dan lama. Tidak tahulah hendak bawa balik susu macam mana untuk penerbangan berbelas jam. Semoga cukup lagi bekalan susu dekat rumah bila outstation nanti. Semoga Mama pun kuat!” titip suri hati Wan Emir Astar itu.

Baca juga: Khatan anak usia sebulan, Mira Filzah kongsi pengalaman, banyak manfaat

Pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman itu menjelaskan bekerja sebagai ibu yang menyusukan bayi bukan mudah. Terutamanya berkaitan waktu mengepam susu bagi mengelakkan bengkak susu, persediaan peralatan dan penyimpanan susu yang sudah diperah.

“Pengalaman kerja di luar sambil pam susu bukan senang. Curi curi masa untuk pump. Kadang-kadang tengok jam sampai terlepas ‘timing’, tahu tahu sudah enam jam tidak pam lagi!

“Haa faham tak perasaan itu? Dengan membawa bermacam barang ke sana sini, ice packs dan cooler bag lagi. Salute sangat mommies yang busy kerja tetapi masih boleh patuhi jadual mengepam!,” luahnya.

Baca juga: 7 makanan tambah susu badan, ibu-ibu di luar sana boleh cuba amalkannya

Mira dan Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby. Mereka dikurniakan bayi lelaki bernama Wan Khair Amir pada 10 Jun 2022.

Baca juga: Bila puasa susu makin sikit, ibu jadi letih melampau. Atasi dengan 11 saranan kaunselor laktasi ini

Kebaikan Susu Ibu

Bagi bayi:

-Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.

-Kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.

-Susu ibu, terutamanya kolostrum menguatkan sistem imuniti bayi anda

-Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

Iklan

-Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.

-Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak.

-Ia tidak mudah tercemar jika dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

-Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.

-Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.

-Penyusuan susu ibu memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Baca juga: Doktor kongsi detik cemas lihat wajah biru bayi tersedak susu. Berikut nasihatnya kepada semua ibu bapa

Iklan

Bagi ibu:

-Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

-Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.

-Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

-Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Baca juga: Diet susu boleh turun berat badan, hasil sangat menakjubkan

Sumber: Instagram Mira Filzah, MyHealth KKM