SELEPAS mencipta kejayaan di layar perak, filem Mat Kilau; Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof ternyata meninggalkan impak tersendiri buat peminat seni tanah air.

Menerusi fenomena yang tercipta, satu lagi usaha telah dilakukan oleh anak tempatan, VNG Games dengan membawa wira legenda Mat Kilau itu sendiri ke dalam dunia alam maya melalui permainan mudah alih, King Of Nations.

Permainan ini kini tersedia di Google Play & App Store bermula 22 Ogos 2022 dengan dua karekter utamanya iaitu Datuk Adi Putra dan Fattah Amin telah dipilih untuk mencuba permainan mudah alih terkini keluaran VNG Games.

Baca juga: Air mata syukur, Syamsul Yusof terharu filem Mat Kilau raih RM90 juta, 33 hari tayangan

Replikasi watak Mat Kilau dalam versi permainan digital ini mempunyai tarikan tersendiri selain dipadankan dengan busana Melayu yang dihasilkan secara terperinci termasuk memiliki senjata tradisional.

VNG Games menerusi satu kenyataan memaklumkan, penciptaan watak permainan mudah alih Mat Kilau ini diilhamkan daripada kisah kehidupan pahlawan Melayu bersejarah itu yang baru-baru ini menjadi bualan utama tempatan dan antarabangsa dengan kejayaan besar box office pawagam.

Keberanian, ketabahan, dan kemahiran bersilat Mat Kilau menjadi inspirasi ramai, khususnya golongan belia.

Baca juga: Hormati jadual ‘shooting’ Mat Kilau, Yayan Ruhian hampir tidak muncul dalam John Wick 3

Menerusi bahang dan semangat hari kemerdekaan yang berlangsung pada bulan ini, VNG Games melihat penghasilan Mat Kilau ini sebagai watak yang boleh dimainkan di platform permainan digital untuk menggalakkan kebanggaan dan patriotisme tempatan di kalangan pemain Malaysia.

“Dengan penambahan watak baharu Mat Kilau ini dalam King Of Nations, pemain juga boleh bermain dengan watak tempatan yang berpotensi mereka hubungkan, pada asasnya untuk meningkatkan pengalaman pertempuran dalam permainan dan lawan mereka.

“Pemain boleh menyelami dunia King Of Nations dan bertempur melawan wira tamadun lain, samada dari Timur atau Barat, dan menulis semula sejarah perang terbesar dunia dan meninggalkan jejak mereka,”menurut kenyataan itu.

Iklan

Selain itu, King of Nations merupakan permainan muat turun percuma yang hanya memerlukan 480mb ruang pada telefon pintar pemain. Perbezaannya cuma pada mod permainan yang memaparkan pertempuran wira berbilang tamadun yang menarik.

Selain itu, permainan ini juga menawarkan pelbagai tawaran promosi sebagai tanda penghargaan kepada pemain mereka dan ia termasuk 300 tiket pengambilan percuma untuk Wira Lagenda dalam masa 7 hari, Hero Athena 5-bintang secara percuma dengan tempoh log masuk 7 hari dan cabaran untuk mendapatkan lebih banyak tiket ahli percuma.

Baca juga: Penerbit Mat Kilau rupanya jutawan, pemilik Hospital Az-Zahrah, PU Amin dedah kisahnya

Iklan

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi https://kon.vnggames.com/

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan