7 tip bujang cari jodoh Dr Fadzilah Kamsah, pilihlah yang lihat waktu terburuk kita, tidak malas

Iklan
Untitled design (12)

KETIKA masih bujang, setiap individu pasti tertanya-tanya akan akan siapa gerangan jodohnya. Jodoh terbaik ialah yang pernah melihat waktu terburuk. Demikian tip pakar motivasi, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang turut berkongsi enam panduan lain tentang mencari jodoh.

Setiap insan di dunia ini dilahirkan berpasangan dan jodoh itu merupakan rahsia-NYA. Namun semakin meningkat usia, hati akan resah dan gelisah bila disoal berkaitan cinta dan jodoh.

Iklan
Iklan

Baca juga: Amalkan ayat ini, mudah-mudahan ALLAH ketemukan jodoh terbaik buat kita

Baca juga: Jodoh rahsia ALLAH, wanita sebak pertama kali jumpa suami 7 bulan nikah ‘online’

Iklan

Usah terburu-buru membuat keputusan kerana memilih jodoh ibarat menentukan masa depan. Ia perlu dilakukan dengan teliti, andai tersilap langkah derita sepanjang hayat.

Iklan

Berikut tujuh panduan yang dikongsikan Dr Fadzilah Kamsah atau lebih mesra dengan panggilan Tok Abah buat si bujang mencari jodoh:

1. Jangan berasa sendiri dan membanding-bandingkan dengan kawan kamu semua yang sudah berkeluarga. Jodoh bukan perlumbaan, maka tidak perlu melihat mereka.

2. Tetap bujang sehingga kamu benar-benar telah menjumpai seseorang yang matang dan bertanggungjawab untuk mencintai kamu dan keluarga kamu.

3. Pilih seseorang yang sedar bahawa tiada tempat untuk bermalas-malas dalam sebuah perhubungan yang memerlukan komitmen.

4. Pilih si dia yang tidak pernah menghukum masa lalu kamu. Seseorang yang menghargai kamu pada masa ini dan sentiasa 'look forward' untuk mencipta kehidupan terindah denganmu.

 

6. Pilihlah si dia yang sentiasa meletakkan ALLAH SWT di tempat tertinggi dan mendekatkan kamu dengan-NYA.

7. Pilihlah si dia yang tidak pernah merasa penat denganmu. Seseorang yang sentiasa mempunyai idea untuk elak kamu merasa bosan dan membuat sesuatu perkara memberikan inspirasi serta indah.

Jodoh itu ALLAH telah tetapkan. Usah merasakan ia terlambat kerana hidup ini ALLAH telah bentangkan penuh keindahan untuk kita.

Kadangkala, ALLAH sengaja menghilangkan jodoh kita dengan pasangan sebelum ini, hanya kerana Dia lebih mengetahui orang yang tepat untuk menjadi milik kamu.

Mulai hari in berdoalah dan ubah diri menjadi insan yang lebih baik dan baik. Insya-ALLAH ada calon yang baik pasti menghampiri dan mengetuk pintu hatimu untuk berumahtangga. Terus berdoa, semoga ada jodohnya.

Baca juga: Saham janda melambung tinggi dan sering menjadi pilihan jejaka bujang? Ini pandangan pakar motivasi

Baca juga: Adil urus ibu bapa, tak ada yang culas, idea wanita ini buat giliran disokong ramai

Sumber: Facebook Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.