Ajak anak 5 tahun ke atas main plastisin. Air liur meleleh, mulut bergerak berlebihan tanda bermasalah

Iklan
5

JIKA anda memiliki anak berusia lima tahun ke atas, juruterapi menyarankan agar melakukan uji mudah menggunakan dengan plastisin. Perhatikan lima perkara yang boleh timbulkan masalah pada kemudian hari apabila mereka memasuki sekolah rendah.

Kanak-kanak berusia lima tahun ke atas sedang berada dalam fasa awal mempersiapkan diri memasuki prasekolah. Juruterapi dan pengasas GymCademy, Siti Aisyah Rozalli menyarankan ibu bapa menguji anak berusia lima tahun ke atas dengan menggunakan plastisin atau doh mainan bagi mengetahui keupayaan atau masalah dihadapi anak mereka untuk menulis.

Iklan
Iklan

Baca juga: Petua ceraikan anak dengan botol susu seawal usia 6 bulan

[caption id="attachment_92858" width="800"] Kredit foto: Pexels (cottonbro)[/caption]

Iklan

Berikut perkongsian beliau:

Beri perhatian jika anak lima tahun ke atas mempunyai lima tanda ini. Untuk itu, ibu ayah perlu memastikan mereka melakukan aktiviti seperti berikut:

Iklan

1️-Berikan anak segenggam plastisin.

2️-Minta anak cubit plastisin kepada saiz kecil.

3-Minta anak gentel atau gelek plastisin menggunakan hujung jarinya sehingga jadi bebola kecil.

Baca juga: Lakukan wheelbarrow walk dengan anak kecil, bagus untuk tingkat kemahiran, otot dan sensori mereka. Ibu ayah kena cuba!

[caption id="attachment_92862" width="800"] Kredit: Facebook Siti Aisyah Rozalli[/caption]

Awas jika anak-anak melakukan tiga perkara berikut semasa melakukan tiga aktiviti di atas:

AIR LIUR MELELEH

Ini tanda anak anda mempunyai kawalan motor halus yang masih lemah. Tangan gerak tetapi gagal kawalan mulut. Segera dapatkan bantuan juruterapi.

MULUT BERGERAK LEBIH DARI TANGAN

Perkara ini menandakan dissociative skill tubuh anak masih lemah. Tangan gerak tetapi mulut turut bergerak keterlaluan. Segera dapatkan bantuan juruterapi.

Dissociative skill yang lemah  akan mempengaruhi kemampuan anak untuk menyalin tulisan dari papan putih. Mereka juga akan ketinggalan atau selalu asyik tidak sempat menyalin.

Baca juga: Anak tak boleh fokus belajar dari rumah, ini 5 cara mudah bantu anak kinestetik

[caption id="attachment_92861" width="800"] Kredit foto: Unsplash (Kelly Sikkema)[/caption]

PLASTISIN YANG ANAK KITA GENTEL MENJADI LEPER

Beri perhatian sekiranya plastisin yang digentel anak menjadi leper. Jika keadaan itu berlaku, anak anda mungkin mengalami masalah untuk kawalan koordinasi dan kekuatan otot. Mereka akan cenderung untuk menekan pensel terlalu kuat, menekan kertas terlalu kuat dan mudah keletihan semasa membuat aktiviti menulis.

JARI ANAK KERAS, HANYA IBU JARI YANG BERGERAK

Ini menunjukkan anak anda mempunyai masalah untuk menggerakkan jari secara berpisah. Manipulasi jari anak tidak kurang cekap seterusnya menjadikan mereka cepat penat dan jadi stres dengan aktiviti menulis. Cara memegang pensel juga kurang kemas.

Image by ulukasczyk from Pixabay

Baca juga: Tular kisah suami masih pakai lampin hingga mengabaikan isteri, ini pendapat pakar

ANAK MENGGENTEL PLASTISIN HINGGA KE TAPAK TANGAN

Perkara ini menandakan kawalan motor halus anak masih lemah dan mereka belum boleh menggunakan otot halus jari dengan efisien.

Berikut di atas adalah perkara-perkara yang biasa saya dan pasukan perhatikan. Cara anak menggunakan jari jemarinya, tangan dan postur badan anak semasa melakukan sesuatu aktiviti akan dianalisis dengan teliti.

Hakikatnya aktiviti motor halus yang diberikan kepada si kecil tidak membantu pergerakan jari. Perhatikan lima ciri ini dan fokus emahiran spesifik.

Jika anak anda berusia  bawah lima tahun masih ada tanda-tanda di atas, ia tidak menjadi masalah kerana mereka masih lagi perlu dilatih banyak kemahiran asas.

Bagi anak yang berusia lima tahun ke atas, mereka sepatutnya sudah cekap kemahiran motor halus mereka dah lebih cekap.

Selamat mencuba dan melakukan observasi kepada anak.

Baca juga: Lompat dari sofa, dada tertusuk kaca meja, pemergian tragis kanak-kanak jadi perhatian. 5 info ini wajib tahu

Sumber: Facebook Siti Aisyah Rozalli

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan