Lompat dari sofa, dada tertusuk kaca meja, pemergian tragis kanak-kanak jadi perhatian. 5 info ini wajib tahu

A
A
A

MELOMPAT dari sofa, dada tertusuk kaca meja, pemergian tragis seorang kanak-kanak di Kampung Bukit Changgang, Banting, Selangor menjadi perhatian hati warga maya.

Ajal tertulis buat kanak-kanak lelaki, Muhammad Arif Fayyadh bin Wahyu Asmi, 7, yang maut selepas tertusuk serpihan kaca di bahagian dada ketika bermain di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata kejadian berlaku ketika mangsa sedang bermain sendirian pada kira-kira jam 4.00 petang.

"Semasa kejadian berlaku, ibu bapa mangsa turut berada di dalam rumah, mereka mendakwa kanak-kanak itu melompat di atas sofa rumahnya sebelum jatuh di atas meja kaca yang berada di hadapan sofa.

"Kejadian tersebut mengakibatkan dada mangsa terkena serpihan kaca. Mangsa telah dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Banting dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan," katanya.

Baca juga: Tragedi cuti sekolah, kanak-kanak lemas sauk ikan di tali air, 6 tip ini mak-mak perlu waspada

Kredit foto: Facebook Siti Zuharani Mohamad Ali

Beliau berkata bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pihak Sekolah Rendah Agama Bukit Changgang (SRABC) dan guru menzahirkan takziah buat keluarga Allahyarham Muhammad Arif Fayyadh. Ujar mereka:

-“Adalah dimaklumkan bahawa adik Muhammad Arif Fayyadh bin Wahyu Asmi dari kelas 1 Imtiyaz telah kembali ke rahmatullah. Seluruh warga SRABC turut berduka cita diatas kehilangan arwah. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.”

- “Al Fatihah untuk anak murid Muhammad Arif Fayyadh bin Wahyu Asmi.

Daripada ALLAH kita datang dan kepada-NYA kita kembali. Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman disisi ALLAH.”

Baca juga: Kanak-kanak maut disengat obor-obor di Pulau Pangkor, 6 info haiwan berbisa ibu wajib tahu

Warga maya meluahkan kesedihan di atas pemergian anak kecil itu dan berharap golongan ibu bapa mengelakkan pemilihan perabot kaca bagi mengelakkan kemalangan seumpamanya berulang lagi.

-“Memang sudah tertulis ajal. Salam takziah buat keluarga. Ibu bapa yang lain ambil iktibar, elakkan menggunakan perabot kaca jika anak-anak sedang membesar dan lasak kerana ia memang sangat bahaya.”

-“Elak menggunakan meja kaca jika anak-anak masih kecil, malang tidak berbau.”

-“Allahuakbar, semoga jadi iktibar buat kita semua. Anak syurga, salam takziah.”

Baca juga: Kanak-kanak 3 tahun rentap tangan melulu lintas jalan cetus kemalangan, 8 tip ini ibu bapa perlu tahu

UTAMAKAN KESELAMATAN, PILIH KACA TAHAN PECAH

Hospital Kanak-Kanak Boston menerusi The Harvard Gazzette berkongsi pemilik kediaman sering terlepas pandang ancaman keselamatan meja kaca dan mendedahkan Jabatan Kecemasannya banyak menerima kes luka parah membabitkan perabot berkenaan.

Katanya, kemalangan disebabkan meja kaca atau perabot menggunakan material kaca boleh dicegah dengan penetapan standard keselamatan. Berikut perkongsiannya:

1-Meja dengan permukaan atau panel kaca merupakan ancaman kepada kanak-kanak Kajian oleh Hospital Kanak-kanak Boston dengan kerjasama Consumers Union mendapati bahawa kecederaan disebabkan meja kaca banyak diterima dan ia yang boleh dielakkan sekiranya material kaca tahan pecah (tempered glass) digunakan.

2-Selain perabot, pintu kaca dan cermin depan kenderaan telah diberi mandat menggunakan kaca tahan pecah. Kaca tersebut empat hingga lima kali lebih kuat daripada kaca standard. Malah sekiranya pecah, ia menjadi serpihan kecil yang tidak menyebabkan kecederaan.

3-Ketiadaan piawaian standard bagi meja kaca menyebabkan kecederaan serius kepada kanak-kanak yang mungkin melompat, terduduk, terhantuk atau jatuh di atasnya. Serpihan kaca atau bahagian tepi meja yang pecah bergerigi boleh menyebabkan luka yang teruk dan merosakkan otot tendon dan saraf.

5-“Serpihan kaca yang besar pada asasnya seperti pisau. Ia boleh memutuskan arteri dan menyebabkan pendarahan yang tidak terkawal seterusnya membawa maut, "kata Pensyarah Harvard Medical School, Dr Amir Kimia.

Diharapkan para ibu bapa yang memiliki anak-anak yang sedang membesar memilih perabot material kaca tahan pecah ketika membeli kelengkapan rumah.

Ibu bapa tidak dapat menangkis naluri dan keinginan kanak-kanak menerokai dan bermain. Justeru, elakkan perabot daripada material berbahaya di rumah agar kemalangan bahaya seumpama ini dapat dielakkan pada masa hadapan.

Baca juga: Ibu buat sup antibiotik ini, turunkan suhu demam, cairkan kahak si kecil

Baca juga: Kanak-kanak 3 tahun maut, ibu bapa cuai tertinggal 6 jam dalam kereta suhu 35 darjah Celsius

Sumber: Bernama, The Harvard Gazzette

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca