BARU-baru ini tular di sebuah laman sosial tentang masalah rumah tangga seorang wanita yang membawa kepada penceraian gara-gara bekas suaminya masih memakai lampin sehingga usia dewasa.

Kedengaran pelik namun ia boleh berlaku dan dinamakan Adult Baby-Diaper Lovers (ADBL).

Fenomena ini dikaitkan penyelewengan psikologi umum disebabkan pengalaman akibat penolakan ibu bapa semasa zaman kanak-kanak.

Malah mereka juga mempunyai ketagihan melampau kepada berpakaian dan melakukan aktiviti yang biasanya dikaitkan dengan bayi seperti minum dari botol susu dan memakai lampin dewasa.

Wanita berkenaan pada awalnya memberi peluang kepada suaminya untuk berubah. Namun tiada siapa menyangka perkara itu berlarutan sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangga.

Bahkan selepas lima tahun berkahwin suami penghidap ABDL itu menolak untuk ‘bersama’ kerana enggam memiliki zuriat.

Baca juga: [VIDEO] Lari 10km ‘Hilangkan’ Covid-19? Doktor Jelaskan Ia Mengarut

Baca juga: 8 Rakan Dibunuh Depan Mata, Mohon Bantuan Menerusi CCTV, Kisah Nelson Sarira Buat Ramai Sebak

TIDAK ROTAN DAN PUKUL

Wanita terbabit telah menyalahkan ibu bapa bekas suaminya kerana tidak menghukum hingga perkara itu berlarutan sehingga ke alam rumah tangga.

Bagaimanapun perkongsian daripada Terapis Cara Kerja, Siti Aisyah Rozalli boleh membuka minda tentang kesilapan ibu bapa dalam menghukum anak yang kencing malam. Dalam menangani masalah itu, kekerasan bukan caranya.

Terapis Cara Kerja, Siti Aisyah Rozalli

“Tolong jangan hukum atau rotan anak yang kencing malam!

“Saya ada membaca komen yang berkongsi tentang kisah seorang wanita yang pernah berkahwin dengan lelaki yang ada minat aneh iaitu Adult Baby Diaper Lover (ABDL).

“Bekas suaminya dia mempunyai minat memakai lampin sehingga selepas kahwin. Ia adalah masalah mental yang memerlukan rawatan daripada pakar psikiatri.

“Di Barat sudah banyak kajian dilakukan mengenai pasal ABDL dan ia adalah sesuatu yang jarang berlaku,” katanya.

Katanya, wanita terbabit menyalahkan ibu ayah bekas suaminya yang tidak menghukum anak kencing malam.

Iklan

“Lelaki tersebut mempunyai sejarah terkencing malam semasa kecil. Saya tidak nafikan ada perkara yang tidak sepatutnya ibu bapa ini lakukan yang sebenarnya menyumbang kepada anaknya rasa ABDL itu normal.

“Tetapi perbuatan menghukum, merotan bila anak kencing malam adalah salah!

“Hukum-hukum ini lah sebenarnya yang boleh membawa kepada tabiat berahsia, tertekan dan boleh menyumbang jadi ABDL!

“Menghukum anak kencing malam dengan kekerasan, memalukan boleh membuatkan mereka stres sehingga tak selesai pun masalah terkencing malamnya,” ujarnya.

SEMBUNYI MASALAH

Menurut Aisyah menghukum anak kencing malam dengan cara yang keras menggalakkan tabiat menipu dan menyembunyikan masalah dari ibu bapa.

“Anak boleh benci ibu ayah dan lebih menakutkan anak boleh benci diri sendiri. Ia berisiko untuk membawa kepada masalah psikiatri yang lain,” katanya.

NOCTURNAL ENURESIS

Tabiat kencing malam yang berterusan di luar kawalan sehingga atau Nocturnal Enuresis memerlukan rawatan dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.

Iklan

“ Ibu bapa perlu tahu tiada anak yang ‘saja-saja’ kencing malam. Bawalah mereka berjumpa dengan pakar kanak-kanak jika masih kerap kencing malam selepas umur enam tahun.

“Biar doktor periksa puncanya sama ada jangkitan pada salur kencing, anak jenis ‘heavy sleeper’ atau ada trauma yang kita tidak tahu menjadi punca.

“Setiap punca itu ada ada rawatan yang berbeza. Ibu bapa usah menambah beban pada anak dengan hukuman dan memalukannya, “ tegasnya.

Justeru, bagi ibu bapa yang berhadapan masalah anak masih kencing malam selepas usia enam tahun cepat bertindak kerana dikhuatiri mengalami Nocturnal Enuresis.

Baca juga: Gadis Disyaki Cuba Diperkosa, Dibunuh Sebelum Dibakar Dalam Sekolah, Berikut Kronologi Kejadian

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI