“Cintakan Malaysia, kami tambah warganegara.” Lee Chong Wei umum isteri hamil anak nombor 3

Iklan
LCW

LEGENDA badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan beliau dan isteri sedang menunggu kelahiran bayi ketiga. Lebih istimewa, berita itu dikongsikan pada sambutan Hari Malaysia baru-baru ini.

Berkongsi catatan sempena bersejarah itu, Chong Wei memberikan kejutan tentang kehamilan Datin Wong Mew Choo.

Iklan
Iklan

Baca juga: Anak sedih kawan baik tak makan sekali, Datuk Lee Chong Wei terasa bersalah

Iklan

Baca juga: Wira datang menyelamat! Chong Wei beri sumbangan 50 buah tablet khas untuk kegunaan pelajar

"#HappyMalaysiaDay2022. Sebentar tadi, Azlan bertanya kepada saya mengapa Wooi Yik menangis apabila memenangi Kejohanan Dunia. Saya berkata, ia berkemungkinan besar disebabkan pada masa itu beliau mengimbas kembali semua kerja keras yang telah dilakukannya untuk negara ini, kini semuanya berbaloi.

Iklan

"Saya menerima tawaran untuk melatih di luar negara. Tawaran besar. Tetapi, saya tinggalkan kerana Malaysia jauh lebih baik. Ini adalah negara tempat saya dilahirkan. (Di mana) saya bersekolah dan mempunyai kenangan dengan rakan dan keluarga anda. Makanan kegemaran anda ada di sini. Kegembiraan yang dimiliki ada di sini,” coret Lee pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 dan 2012 dan 2016 itu.

Chong Wei menzahirkan kecintaan dan kasih sayang buat tanah air dan berseloroh menambah anak demi menambah warganegara.

Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo berkahwin pada 10 November 2012 selepas 11 tahun bercinta.

Pasangan itu terdahulu memiliki dua cahaya mata iaitu Kingston Lee, 9 dan Terrence Lee, 7 tahun.

Baca juga: Menonton lebih tertekan daripada bermain – Lee Chong Wei

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan