HASRAT jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia merangkul pingat emas pertama untuk Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian apabila tersingkir pusingan kalah mati malam tadi.

Pada perlawanan di Musashino Forest Sports Plaza itu, Zii Jia akur dengan kekalahan mata 21-8, 19-21, 5-21 kepada jaguh China yang merupakan juara bertahan, Chen Long.

Namun begitu, lumrah bahawa kalah dan menang adalah adat pertandingan.

Biarpun gagal meraih pingat, namun peminat sukan tanah air memuji semangat juang dipamerkan pemain badminton terbabit.

Mereka tidak berhenti menzahirkan kata-kata semangat dan sedikitpun tidak mneletakkan beban kekalahan atas bahu Zii Jia.

Bahkan, rakyat Malaysia yakin atlet itu mempunyai lebih banyak peluang untuk melakar kejayaan pada masa depan.

Paling menarik perhatian apabila bekas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak ketinggalan menitipkan bingkisan istimewa buat Zii Jia.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Wira datang menyelamat! Chong Wei beri sumbangan 50 buah tablet khas untuk kegunaan pelajar

Dalam perkongsian di laman sosial Facebook miliknya pagi ini, Chong Wei memuji kekuatan Zii Jia.

Iklan

“Lee Zii Jia, usah kecewa sangat. It was a really good performance. Satu Malaysia tahu anda telah cuba sedaya upaya.

“Berbekalkan pengalaman nanti, Chen Long pastinya sekadar lubuk untuk lu. Bai, Chen Long bukan calang-calang defending champion.

Baca juga Leong Mun Yee bagi bayangan bersara, ingin bina rumah tangga

“Muka jer innocent tapi mamat tu memang ligat otak dalam penafsiran taktik pihak lawan.

“Semalam game I rasa dari segi power, speed and teknik Zii Jia memang mengatasi Chen Long.

“Mungkin yang kurang adalah cemas pada saat-saat penting. Olympik pertama kot, siapalah tak cemas? Game Chong Wei time first Olympic pun tak kemas,” coret beliau.

lee zii jia

Dalam pada itu Chong Wei turut meniupkan semangat agar Zii Jia terus berusaha.

“Yang penting dongakkan dagu teruskan usaha. Next Olympic tiga tahun saja. Kejayaan anda bukanlah hilang, tetapi hanya ‘ditangguhkan’.

“I’m proud of you. Malaysians are proud of you. Maybe lepas ni cari tempat training kat Melaka.

“Dengar kata training kat situ boleh dapat emas Olimpik,” ujarnya berseloroh.